Respirasi Muzik: Tema Cinta Sentiasa Diminati

11 Nov

Rap
Album: Dua Insan Bercinta
Artis: Pelbagai

LAGU bertemakan cinta sememangnya popular dan sentiasa mendapat perhatian di kalangan peminat, terutama apabila ia dinyanyikan secara duet kerana menerusinya mereka dapat mendengar perspektif berbeza terhadap lirik didendangkan.

Dalam usaha mengangkat lagu cinta popular yang dinyanyikan secara duet, Warner Music Malaysia menghasilkan kompilasi lagu duet popular, Dua Insan Bercinta.

Album ini menampilkan himpunan rakaman duet popular bermula tahun 2000. Lebih penting lagu ditampilkan pernah tersenarai dalam carta lagu popular di kebanyakan stesen radio.

Ada juga lagu duet lama dimuatkan dalam album ini tetapi dinyanyikan kembali dan diberi nafas baru seperti Lagu Gembira, pernah dipopularkan Eddie Ahmad dan Hamidah Ahmad tetapi dinyanyikan semula Jamal Abdillah bersama Jay Jay.

Lagu Bintang Kehidupan Nike Ardilla turut diubah menjadi lagu duet dan didendangkan kembali Ronnie dan Yanti.

Antara lagu lain terdapat dalam Dua Insan Bercinta, yang dipopularkan M.Nasir dan Mawi iaitu lagu Jiwa Lagu Cinta, Dua Dunia (Siti Nurhaliza dan Too Phat), Terharu (Mawi dan Jamal Abdillah) dan Entahkan Jadi Entahkan Tidak yang dipopularkan Tan Sri Datuk S.M Salim dan Sheila Majid.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: