Dengarnya… Mek Nampak Lagi Molek Bertudung

11 Nov

Oleh Normah Becok

NiK SaYYiDah bakal mendirikan rumah tangga tahun depan.

TERKEJUT juga Cik Normah pada hujung minggu lalu sebab tengok penampilan pengacara dan juga pelakon, Nik Sayyidah Fatiha Yazid atau mesra disapa Mek sudah bertudung. Cik Normah dapat tengok sendiri wajah Mek yang nampak semakin molek apabila membuka siaran di TV9 menonton program Nasi Lemak Kopi 0. Baguslah kalau sudah nekad untuk berubah imej dan itu satu niat dan usaha yang murni. Bertambah comel Mek lepas bertudung ini. Cik Normah dapat tahu hijrah Mek bertudung baru saja dilakukannya.

Patut pun Cik Normah tengok Mek makin berseri-seri sebab semakin bahagia dengan seseorang lelaki berusia 34 tahun. Biarpun Mek baru umur 26 tahun, usia tidak menjadi penghalang cinta mereka. Ikut perancangan Mek dan kekasihnya, mereka akan mengikat tali pertunangan pada 2 Disember ini di rumah keluarga Nik di Kelantan. Insya-Allah mengikut perancangan mereka akan berkahwin pada Mac 2009.

Cik Normah tumpang bahagia dengan keputusan Mek nak menamatkan zaman solo. Mereka kenal sudah lama yakni sejak tiga tahun. Daripada kawan bertukar menjadi pasangan kekasih, itu pun sebab Aidilfitri lalu, lelaki itu datang melamar Mek.

Baguslah benda yang baik tak elok disembunyi, lagipun nak membina masjid ini satu perkara yang mulia. Janganlah macam sesetengah selebriti yang suka sembunyi status takut jatuh saham dan populariti. Rezeki di tangan Tuhan. Alah, Datuk Siti Nurhaliza, Amy Mastura, Erra Fazira dan Ziana Zain (sekadar menyebut beberapa nama) pun sudah kahwin tapi tetap berjaya maintain you. Semuanya bertimbal balik kepada soal rezeki. Mudah-mudahan jodoh Mek dan bakal suaminya akan berkekalan dan dirahmati Tuhan selalu.

Berita Harian

One Response to “Dengarnya… Mek Nampak Lagi Molek Bertudung”

  1. enjit2semut November 18, 2008 at 11:49 am #

    kebetulan adik perempuan gwa ada di majlis pertunangan mek di KB tempoh waktu. dia dari pihak lelaki. dia bagitahu mek memang berubah dan kembali pulih sediakala ( mek dulu bertudung dah!)…alhamdulillah.

    mek dah slim, makin can bertudung ( tobat mata gwa lihat artis2 yg memang cun tu kalu dah bertudung, makin molek nampaknya selain terlepas dari dosa).

    mek yang bijak dan bersuara merdu, syabbas dan tahu jaga diri..kekalkan imej membangun bersama Islam…jadi selebriti tak apa namun syariat wajib kena jaga.
    Mek, moga Allah merahmatimu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: