Oops… Apa Kena Dengan Datuk Siti?

6 Nov

KL, 6 NOV 2008:  Tentu ada yang terkejut dan tertawa melihat mimik wajah penyanyi handalan, Datuk Siti Nurhaliza. Jarang sekali kita melihat wajah Siti seperti ini. Apakah yang membuat Siti beraksi seperti itu?

Sebenarnya gambar ini dikirimkan seorang peminat setia Siti yang juga GengMurai bernama Deor kepada Murai Batu semalam. Deor berkata, gambar eksklusif ini berjaya dirakamkan olehnya ketika Siti menjadi artis undangan untuk program Muzik Muzik, baru-baru ini.

Deor menjelaskan, pada hari itu, dia menjadi seperti paparazzi kerana berjaya mengikut Siti ke sana-sini. Dari kereta,  dalam lif hinggalah ke belakang pentas, dia sentiasa mengejar penyanyi lagu Pastikan itu. Akhirnya, Deor meminta Siti memberikan satu pose paling kelakar dan inilah hasilnya. Memang sportinglah!

Paling menggembirakan Deor, penyanyi terkenal itu juga bersetuju untuk membenarkan dia mengambil foto di rumahnya tidak lama lagi.
 

Ketika dalam lif, Siti terserempak dengan seorang peminat cilik dan ibunya. Siti sempat berborak dan kemudian  menghulurkan duit raya.  Hai, terkedu jugalah si ibu dan anak itu.

Yang ketara sekarang, badan Siti sudah kembali langsing macam dulu. Nampaknya, kata-kata Siti yang mahu kurus seperti kakaknya Saida ketika rakaman program raya Teratak Siti Nurhaliza benar-benar terjadi. Begitulah cerita terbaru penyanyi sensasi kita yang masih belum pudar auranya.

MURAI BATU:  Sedang tunggu album tradisional terbaru Siti yang masih dalam pembikinan.

Murai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: