Anak Emak

5 Nov

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

Quiara

Bakal injak 21 tahun, jadual Tunku Tiara Yasmin Sofia masih disusun ibu

DISEMBER ini, gadis tinggi lampai yang mula dikenali setelah penyertaannya dalam program realiti One In A Million (OIAM) musim kedua, Tunku Tiara Yasmin Sofia Tunku Hassan bakal meraikan ulang tahun ke 21.

Bagi kebanyakan gadis, kehadiran angka 21 amat mereka nantikan kerana inilah waktunya untuk mereka mendapatkan kunci kebebasan. Sebaliknya si manis ini pula merasa lebih selesa dekat dengan ibunya Zuraida Welham yang setia menemaninya ke mana saja.

Jangan terkejut dalam usia yang semakin menginjak dewasa, jadual Tiara masih disusun ibu. Semuanya lantaran harapan besar si ibu agar satu-satunya anak perempuannya tidak main-main dalam bidang yang diceburi dan meletakkan syarat supaya Tiara meraih sekurang-kurangnya satu anugerah dalam tempoh lima tahun.

Biarpun diburu tekanan sedemikian, Tiara tidak menganggap syarat diletakkan ibunya sebagai sesuatu yang membebankan. Namun, ada kalanya Tiara mengakui bersikap main-main tetapi si ibu tidak pernah lupa mengingatkannya saban hari.

“Saya tidak pernah menganggap harapan tinggi mama sebagai satu tekanan. Tetapi pernah juga terlintas di fikiran mungkin saya memerlukan lebih banyak masa daripada yang disasarkan mama untuk meraih anugerah,” katanya yang memegang watak Zelfa dalam drama online Kerana Karina 3.

Kerana Karina 3 bukanlah cubaan pertama Tiara atau lebih senang disapa Quiara dalam dunia lakonan. Sebaliknya, pembabitan Tiara dalam industri seni bermula dengan dunia lakonan menerusi drama bersiri Nur 2 terbitan Nasridz Pictures milik pelakon Darling Ngasri.

Dia juga pernah berlakon di dalam drama raya untuk TV9 tahun lalu. Selepas lakonan, barulah anak kedua dari empat beradik itu berjinak-jinak dalam dunia nyanyian memandangkan tiada sebarang aktiviti dilakukan sebaik tamat persekolahan.

“Selepas tamat persekolahan, saya tidak melakukan sebarang kerja selain menghabiskan masa dengan bersantai dan melancong. Kemudian saya terdengar mengenai uji bakat OIAM jadi saya pun mencuba nasib atas dasar suka-suka.

“Saya tak sangka terpilih memandangkan ketika itu saya demam dan mengalami sakit tekak. Perasaan saya ketika itu amat takut kerana terpaksa berhadapan dengan ibu saudara sendiri. Tetapi ibu saudara saya tidak mahu terbabit ketika uji bakat sebaliknya dia menyerahkan kepada Paul Moss kerana tidak mahu timbul dasar pilih kasih.

“Apabila saya berjaya ke OIAM memang banyak spekulasi yang timbul. Ibu saudara saya awal-awal lagi sudah beritahu yang dia tidak mahu menolong saya dan mahu saya berdikari dalam program itu memandangkan banyak gosip yang timbul,” kata gadis tinggi lampai ini.

Penyertaannya dalam OIAM atas dasar suka-suka memutikkan semangat gadis ini untuk bergelar penyanyi. Katanya, sebelum OIAM dia tidak pernah terfikir untuk menyanyi. Walaupun Syafinaz adalah ibu saudaranya, dia juga tidak pernah belajar vokal daripada Syafinaz.

Sekalipun pada mulanya bidang nyanyian diceburi atas dasar suka-suka, Tiara yang memiliki darah campuran British di sebelah bapanya menyimpan hasrat untuk memiliki album. Bagaimanapun sebagai permulaan, dia merancang untuk menghasilkan single terlebih dulu menggunakan bajet sendiri.

Memandangkan dia bakal mengeluarkan bajet sendiri untuk albumnya nanti, Tiara berkata dia perlu selektif dalam soal pemilihan lagu dan komposer. Kemungkinan besar dia akan mendapatkan khidmat nasihat Syafinaz untuk memilih komposer dan lagu kerana ibu saudaranya itu mempunyai pengalaman luas dalam bidang nyanyian.

Selain lakonan dan nyanyian, Tiara juga pernah bergelar model produk kecantikan ketika di bangku sekolah. Walaupun memiliki ketinggian 5’8 inchi, gadis manis ini mengakui sukar untuk dia mendapatkan tawaran sebagai model kerana faktor berat badan. Katanya Tiara antara bidang nyanyian, lakonan dan model, dia lebih gemar bergelar model namun perlu menguruskan badannya terlebih dulu untuk menggapai impian itu.

PROFIL : Tunku Tiara Yasmin Sofia Tunku HassanNama Panggilan: QuiaraTarikh Lahir: 28 Disember 1987Tempat Lahir: Batu Pahat, JohorAdik Beradik: Anak kedua dari empat beradikPengalaman: Menyertai OIAM musim kedua dan Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: