CAK: Hantaran Mawi RM30,000

26 Oct

cak@hmetro.com.my

Rap
KETIKA sidang media pengumuman tarikh perkahwinannya, bintang paling popular Anugerah Berita Harian tiga tahun berturut-turut, Asmawi Ani enggan mengulas lanjut perihal jumlah hantaran yang bakal diterima permaisuri hatinya, Nora’ashikin Rahmat atau Ekin.

Puas dipujuk dan didesak, Mawi tetap mengunci mulut. Katanya, perkara itu masih dalam perbincangan dengan keluarga Ekin. Dia keliru dan belum membuat keputusan apabila keluarga bakal mentua menyerahkan bulat-bulat kepadanya untuk menentukan jumlah hantaran.

CAK cuba merisik lebih lanjut melalui telefon. Biasalah, selagi tak dapat apa yang diinginkan, CAK tak akan tenang. Mawi pula cukup terbuka berbicara mengenai perkara itu.

Kata pelantun lagu Kian ini, hasil perbincangan dengan keluarga, dia akan menyerahkan wang hantaran bernilai RM30,000 kepada buah hatinya.

Mawi turut memberitahu, antara barang hantaran yang bakal diterima Ekin adalah kasut, beg tangan, telekung, sejadah, al-Quran serta minyak wangi dan dia pula kemeja, kasut, songkok, al-Quran, sejadah, kain pasang untuk baju Melayu, tali pinggang dan dompet.

Sebagai gimik, helikopter digunakan untuk membawa pasangan mempelai ke majlis resepsi di Felda Taib Andak yang ditaja orang perseorangan sebagai hadiah perkahwinan. Dengan pengangkutan ini, perjalanan hanya mengambil masa 15 hingga 20 minit.

CAK dengar Mawi dan Ekin juga akan diarak dengan kuda dalam majlis resepsi di Palace Of The Golden Horses nanti. Lebih menarik, Mawi akan menunggang kuda. Bagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan dengan pihak pengurusan hotel mewah itu.

Dalam pada itu, ada juga ura-ura Raja Sehari akan berlayar di atas bot di tasik bersebelahan hotel berkenaan. Dari atas bot, Mawi dan pasangan akan melambai-lambai ke arah tetamu yang menanti kehadirannya.

Fuh! Hebat sungguh. Sebelum ini Datuk Siti Nurhaliza pernah berhajat melambai kepada peminatnya dari atas kereta kuda ketika majlis resepsinya di Kuala Lumpur tetapi tidak kesampaian.

Harapnya apa yang dirancang dalam perkahwinan Mawi dan Ekin berjalan lancar dan menjadi kenangan indah bersama.

Harian Metro

8 Responses to “CAK: Hantaran Mawi RM30,000”

  1. kuntau October 28, 2008 at 6:56 am #

    kahwin la cepat2 org ramai pun dah penat ngan berita2 yg same je…duit hantaran pun nak wat kecoh, kerabat di raja pun tak la kecoh sebegini tp tengok2 selamat di ijab kabul, jangan macam kes2 yg sudah2 ckup la…hbskan wang puluhan ribu tp next 4 / 5 years c###i

  2. cykepo October 28, 2008 at 9:17 am #

    ni dah jadi lumrah orang melayu, tentang hantaran heboh stu dunia. orang biasa pun cam gitu cuma tak de peluang masuk suratkhabar. tapi Alhamdulillah ada segelintir orang muslim dan muslimah yang tak macam gitu.

  3. kekwa October 28, 2008 at 12:56 pm #

    sama macam ctot lah hantarannya

  4. fadhil October 31, 2008 at 3:34 pm #

    itu hak dia, biarla

  5. kuntau November 2, 2008 at 12:34 pm #

    hak dia la tapi nampak nak canang gak kat masyarakat cam x ikhlas je tp menunjuk2 yg lebih

  6. senahmaklodeh January 12, 2009 at 10:52 am #

    eerrmmmm….,MMg betuul pun senah lodeh kata ni perkahwinan mawi dgn ekin bnyk menunjuk2..,x mcm siti kahwin..simple tp nampak elegen dan x berserabut,ni semua sponsor…kaut jelah..,jeles2 x mainlah…tp inilah dunia artis…mcm aym bertelur sebiji riiuh skpg…,jgn separuh jln daaa……,bglah semua kat bini tu…,haiii….mawi kawin mcm nak rai perkahwinan diraja..asllah x buat 7hari 7mlm ..,barulah wedding of 2 yr..hu..hu..hu..,duit habis ke..,ke xde sponser..,haiii..org melayu kita jgn cepat lupa..daaa..chow cin chow…..

  7. rin January 12, 2009 at 4:44 pm #

    same je lah kawin mawi n siti..dua2 nyampoh..xde elegannye siti kawin…lagi nyampah siti kut,kawin laki org,buat besar2an,x hormat perasaan bks istr…siap wat pelamin dlm masjid,poyo la artis2 ni…

  8. mika January 13, 2009 at 11:14 am #

    dapat jugak naik kereta kuda….yg perampas tu tak
    merasa nak jadi cinderalla kuala lipis….dapat naik kuda tua jadilah…..takut kena baling telur busuk…macam tulah org kalau dah perangai perampas hak org….jgnlah
    kamu nak nunjuk2 sgt kebahagiaan depan bekas isteri
    org….jagalah maruah tu sikit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: