'Kita Cari Yang Lain'

22 Oct


Norman Abdul Halim

KEPUTUSAN penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menolak tawaran daripada KRU Studios untuk membintangi filem terbaru syarikat itu diterima Penerbit Eksekutifnya, Norman Abdul Halim secara profesional.

KRU Studios menawarkan penyanyi nombor satu negara itu watak sebagai Puteri Gunung Tahan untuk filem terbaru mereka berjudul Magika yang dijangka akan memulakan penggambaran Januari depan. Filem berkenaan bakal diarahkan oleh Edry.

Norman dalam kenyataannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan kepada Hip berkata, pihaknya tidak berkecil hati sebaliknya menghormati keputusan penyanyi itu.

Katanya, keputusan penyanyi itu adalah proses biasa dalam tawar menawar pelakon.

“Kenyataan saya cukup mudah. Bagi saya, isu ini tidak perlu diperbesarkan. Sekiranya Siti tolak, kita cari yang lain. Ini proses biasa dalam filem. Ada pelakon yang akan terima dan ada yang tolak atas pelbagai sebab.

“Kami menerima keputusan Siti secara profesional. Lagipun kami sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan dengan menyediakan Plan A dan Plan B. Jadi memang kami sudah bersedia dengan senarai pelakon lain,” kata Norman yang berada di Singapura atas urusan kerja.

Norman bagaimanapun meluahkan kekesalan apabila berita mengenai lamaran KRU kepada Siti tersebar di media melalui sumber tidak rasmi.

Kata Norman, pihaknya tidak pernah membuat sebarang kenyataan mengenai tawaran kepada mana-mana pelakon selagi belum mendapat kepastian mereka.

Magika adalah sebuah filem bercorak muzikal seperti mana konsep filem animasi Alice In Wonderland. Ia bakal mengisahkan dua beradik yang tersesat dalam sebuah dunia fantasi. Dunia baru yang mereka terokai itu nanti akan mempertemukan mereka dengan watak mitos dan lagenda seperti nenek kebayan, badang dan juga Pak Pandir.

Jalan cerita Magika juga dikatakan menyamai konsep filem lakonan Johnny Depp, Charlie and Chocolate Factory yang penuh warna warni.

Walaupun berkonsepkan muzikal, namun Magika tidak lupa mengutarakan tema kekeluargaan kerana di penghujungnya dua beradik itu akan lebih memahami makna sebuah perhubungan.

Kepakaran Edry yang berpengalaman dalam menghasilkan klip video memberikan KRU yakin filem ini dapat meninggalkan impak kepada dunia perfileman tempatan. Skrip filem berkenaan sudah siap, begitu juga dengan lagu. Sebanyak 12 lagu akan dimuatkan dalam filem ini yang kesemuanya adalah hasil ciptaan baru.

Pemilihan Edry sebagai pengarah berikutan pengalaman luasnya dalam menghasilkan klip video. Bagi mencantikkan lagi filem ini, teknik imej janaan komputer (CGI) akan digunakan membabitkan babak kemunculan Naga Tasik Chini.

Berita Harian

8 Responses to “'Kita Cari Yang Lain'”

  1. Genius.YYY October 23, 2008 at 5:34 pm #

    lagi bagus kor tak pakai si ct ni, udah lah dia ni bukan nya ada bakat berlakon pun, nanti ko bayar mahal2 pastu filem pulak org tak gi tgk sebab maleh nak layan heroine lemau. Boleh muflis kor. Ari tu kalau tak silap aku ler, MR OS pun ada cadang nak ambik ct berlakon sebagai heroine, hero dia pulak adalah Mr Os sendiri.. tak tido malam aku nak membayangkannya..

  2. kekwa October 24, 2008 at 11:15 am #

    elok je ambik org lain. kalau dia berlakon byk kutukan kita dengar nanti, bikin malu je. cara dia cakap pun macam flat tone, macamana lah nak jadi
    pelakon. elok je jaga laki kau yg mentel tu. si kertu tu kalau dgn artis, bukan main lagi yo

  3. kuntau October 28, 2008 at 7:05 am #

    🙂

  4. kuntau October 29, 2008 at 3:17 pm #

    Siti Nurhaliza is the best!

    Emmmah….! Sayang siti.

  5. kuntau November 2, 2008 at 12:50 pm #

    kasihannya….dah x de idea lagi ke nak sakat aku sampai pakai name aku nak bersayang2 ngan tok kembang..sorry la..kalo takat melalak cam tok kembang ni x tangkap leleh bro.

  6. kuntau November 2, 2008 at 12:56 pm #

    al maklum la… konon2nya nak tangkap laman ni tuk peminat2 tok kembang juga ha…ha..ha.. sorry to say “salah tempat” bro..
    ni bukan halaman rasmi utk acara pemujaan tok kembang that is why caci maki aku masih di keluarkan oleh tuan yg empunya rumah x cam kandang zone..semua komen di tapis takut tok kembang x naik sawan ada seorg dua yg masih x minat kat dia ha..ha..ha..al maklum la konon2 artis no…kat melaya tu so semua pun nak di takluk termasuk suami org ha.ha..ha..:)

  7. mizz November 12, 2008 at 12:47 pm #

    dah ko yg beriye x suka tok kembang sbbtu ko nye komen sllu tangkap muat kat cni…
    xde ko kang x maju lak bisnes karpet nie..
    sudahnya nti ko jugaklah pembuka dan penutup sgla isu yg ada..

  8. mizz November 12, 2008 at 1:07 pm #

    elok gak dia tolak tawaran tu..maklumle manusia zaman skgni mana leh tgk org dpt lebih kannnn..
    dpt bekas suami org pun org benci lgkan dpt suami yg kaya lglah org dengki..tulah manusia
    hidup ni klu sempurna sgt xdelah ruangan caci maki ni kan..lumrah manusia suka amik kesempatan bl tau berita sensasi semua berlumba jadikan isu sana sini kunun dia punyer cerita jelah plg hangat kunun jugak diala pembela nasib org2 yg teraniaya..pigi dahh!!…
    dahtu bangga pulaktu dpt caci maki org dpt amik kesempatan mengutuk org…ko punyer hidup pun x sempurna dahtu ada hati nak kucar kacirkan hidup org lain..otc

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: