Siti Belum Bersedia

21 Oct

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

Rap

PENYANYI popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menolak tawaran diberikan KRU Studios untuk membintangi filem terbaru terbitan syarikat itu dengan alasan sibuk dengan pelbagai aktiviti seni .

Hal ini dijelaskan Siti ketika ditemui di majlis rumah terbuka Siti Nurhaliza Production Sdn Bhd (SNPSB) bagi meraikan ahli kelabnya, SitiZone yang berlangsung di Kelab Ukay, Hulu Klang, kelmarin.

Jumaat lalu lalu, Pengarah Urusan KRU Group, Norman Abdul Halim mengakui melamar Siti untuk membintangi filem terbitan KRU Studios bertemakan fantasi dan pengembaraan.

Jelas Siti, dia belum bersedia kerana untuk bergelar pelakon, komitmen penuh perlu diberikan.

“Memang benar mereka membuat tawaran, malah saya sudah pun menerima skripnya. Mereka mahu saya memegang watak Puteri Gunung Tahan.

“Ia bukanlah watak utama tetapi untuk beraksi dalam filem sudah tentu banyak persediaan harus dilakukan. Tumpuan penuh perlu diberikan dan proses penggambaran pula biasanya mengambil masa panjang.

“Saya pula terlalu sibuk dengan pembikinan album kontemporari terbaru, pada waktu sama harus memberikan tumpuan pada urusan rumah tangga.

“Bermula November ini saya akan masuk studio bagi menjalani proses rakaman dan album itu dijangka siap sepenuhnya pada akhir Disember ini.

“Selepas album dipasarkan kelak saya perlu memberikan tumpuan pada kerja promosi, jadi saya rasa tidak mungkin mampu melakukannya,” katanya.

Begitupun ada berita gembira buat peminat Siti. Walaupun menolak pelawaan KRU Studios, tetapi penyanyi itu mengesahkan akan membabitkan diri dalam filem animasi bakal diarahkan Mamat Khalid.

Bercerita mengenainya, jelas Siti, Mamat sendiri datang bertemu dan berbincang mengenai projek yang dianggap mampu mengangkat industri perfileman animasi tempatan.

Selepas menunjukkan sedikit sedutan bagaimana filem itu bakal dilaksanakan, penyanyi yang popular dengan lagu Wanita itu berasakan ia amat menarik untuk dijayakan.

“Filem itu berjudul Kunang-Kunang dan saya hanya meminjamkan suara. Rasanya ia tidak terlalu payah untuk dilaksanakan kerana proses rakaman suara tidak banyak beza dengan rakaman lagu.

“Selain itu saya tertarik dengan teknologi digunakan Mamat Khalid untuk menghasilkan filem ini. Sama ada saya akan menyanyi runut bunyi filem itu belum lagi dibincangkan kerana ia masih di peringkat praproduksi.

“Saya difahamkan teknologi untuk menghasilkan filem ini sama seperti apa yang digunakan di Hollywood. Kepada mereka yang sudah menonton filem Bee Movie pasti tahu bagaimana bentuk filem ini apabila ia siap kelak.

“Saya sendiri tertarik dengan watak Kunang-Kunang yang menggunakan suara saya itu nanti. Ia nampak comel kerana turut memakai selendang seperti imej yang saya gayakan sekarang,” katanya sambil tersenyum.

Majlis rumah terbuka sempena sambutan hari raya dianjurkan SNPSB itu pertama kali diadakan khas buat peminat dan dihadiri hampir 300 orang. Turut memeriahkan majlis, suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Kata Siti, sebelum ini dia sering mengadakan beberapa majlis yang turut membabitkan ahli kelab SitiZone. Bagaimanapun ia diadakan secara kecil-kecilan.

“Sebelum ini ada majlis doa selamat meraikan pelbagai kejayaan yang diraih turut dihadiri peminat. Cuma untuk mengadakan majlis rumah terbuka, belum lagi ada kesempatan kerana sibuk.

“Bagaimanapun ada beberapa majlis dibuat SNPSB antaranya berbuka puasa turut dihadiri peminat. Malah sebelum ini SitiZone sendiri menganjurkan rumah terbuka untuk ahli dan saya hadir sebagai tetamu.

“Apabila saya berasakan mahu mengadakan majlis rumah terbuka ini, suami memberikan galakan. Malah dia menyarankan diadakan di pekarangan rumah. Bagaimanapun, mengenangkan jemputan yang ramai, lokasi terpaksa diubah.

“Maklumlah rumah terbuka yang diadakan ini bukan saja membabitkan SitiZone tetapi juga semua kakitangan SNPBH dan media. Mujur Kelab Ukay ini dekat saja dengan rumah. Kawasannya lapang dan mudah untuk kami membina pentas.

“Pada saya bukan lokasi yang penting dalam majlis seperti ini tetapi keselesaan tetamu. Apa yang penting pada hari ini saya dapat beraya bersama peminat yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan di samping dapat mengeratkan silaturahim sesama kita,” katanya.

Harian Metro

3 Responses to “Siti Belum Bersedia”

  1. jannahwanie October 22, 2008 at 12:26 pm #

    yg mana satu btul,semalam kat paper utusan kata,siti blum buat keputusan tentang filem dgn KRU tu..mengenai suara yg digunakan utk filem mamat khalid plak tajuknya Kelip-Kelip,bukannya Kunang-Kunang..kindly explain..inilah masalah press skrg..sana cite lain situ cite lain..

  2. kekwa October 24, 2008 at 11:22 am #

    wartawan msia biasalah…gelabarlah kalau cerito ctot ni….wartawan ni sibok nak buat cerito yg elok2, tak de yg negative punya, semuanya positive,
    dok umah je lah, tumbuk sambal belacan,
    duit pon dah byk, kasi chance org lain lah pulok,

  3. kekwa October 28, 2008 at 1:09 pm #

    gambar atas tu nampak tua lah….dia lupa nak mekup betul2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: