Respirasi Muzik: Muzik Agak Ketinggalan

21 Oct

Rap
Album: Indah Ruhaila
Artis: Indah Ruhaila

AGAK lama pendatang baru yang bernaung di bawah syarikat rakaman Suria Records Sdn Bhd (SRC), Indah Ruhaila menanti album sulungnya dipasarkan.

Bakat artis muda berasal dari Pasir Gudang, Johor Bahru ini mula diketengahkan menerusi lagu hari raya Di Lebaran Yang Ini.

Jenuh menunggu akhirnya penantian Indah mendatangkan hasil apabila SRC memastikan album sulung dihasilkan benar-benar menepati cita rasa pendengar.

Bukan itu saja ramai pencipta dan komposer muda turut menyumbangkan karya mereka seperti Neves, G-Nola, Faizal Tahir sementara lirik dihasilkan Zimi Sofaz, Musrad, Hani MJ dan Habsah Hassan.

Bagaimanapun, sayang apabila susunan muzik dilakukan terhadap lagu dihasilkan komposer berbakat ini kedengaran agak ketinggalan.

Mungkin SRC memikirkan konsep lagu ditampilkan dalam album Intan Ruhaila ini mampu diterima pendengar kerana itu juga acuan digunakan terhadap penerbitan album artis wanita yang pernah bernaung di bawah syarikat rakaman itu sebelum ini seperti Siti Nurhaliza, Liza Hanim sehinggalah kepada Saidatul Erma.

Sebagai syarikat rakaman tempatan yang sudah lama beroperasi seharusnya mutu album Indah Ruhaila jauh lebih baik dan lagu ditampilkan lebih berani dari sudut konsep bagi menguji kemampuan artis muda ini.

Jika pembikinan album ini dimantapkan dengan susunan yang baik dan diwarnakan dengan alunan vokal kreatif, pasti pendengar akan membuka mata kepada Indah Ruhaila sebagai antara penyanyi yang perlu diberikan perhatian kerana suaranya mempunyai keistimewaan.

Antara lagu dimuatkan dalam album Indah Ruhaila, Tak Mahu Mengerti, Lihat Di Baris Tiga, Siapa Luka Siapa, Akan Ku Harungi, Bukan Sehari dan Tak Kuasa Aku.

Harian Metro

2 Responses to “Respirasi Muzik: Muzik Agak Ketinggalan”

  1. rahsia January 10, 2009 at 1:46 pm #

    betina ni dulu masyallah gedik semacam! kitorg suka plak kat dia!

  2. hentam January 10, 2009 at 4:09 pm #

    hey! yang gedik2 ekstra tulah yang dapat perhatian. lu low profile susah nak tangkap

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: