XY10: Pengorbanan Kaer

17 Oct

Oleh Fairuz Zaidan
fairuzaidan@bharian.com.my

Kaer Azami

JIKA rakan seni seangkatan serius mengharungi suka duka dunia showbiz, Kaer Azami selesa dengan pilihannya sendiri. Masa yang ada dimanfaatkan jejaka ini untuk menimba ilmu selain memburu misi seni.

Justeru itu, kota Jakarta menjadi saksi penghijrahan sementara anak muda kelahiran Petaling Jaya ini dalam memburu ijazah dan melebarkan sayap seni.

“Saya mempunyai baki tujuh bulan untuk menamatkan pengajian dalam bidang perniagaan. Pada masa sama, saya sibuk untuk mengumpul lagu untuk album kedua di mana saya bukan saja mendapatkan khidmat komposer di Malaysia malah komposer Indonesia,” akui Kaer mengenai perkembangan terkini dirinya.

Selesa bergaya sederhana, Kaer yang bakal mempertaruhkan kredibiliti Adnan Abu Hassan selaku penerbit album keduanya mengharapkan ‘keajaiban’ bukan saja dalam kerjaya seninya, sebaliknya segala yang terbaik dalam hidupnya.

Bersama XY, Kaer berkongsi 10 kisah dirinya khusus buat peminat yang merindui perkembangan personaliti berwawasan ini. Ayuh, selami hati budi jejaka pemalu ini.

Terangkan personaliti diri Kaer?

Kaer ini jenis yang simple person, bekerja keras dalam segala hal. Jika inginkan sesuatu, saya pasti akan melakukan dengan bersungguh-sungguh.

Perkara yang orang lain mungkin tidak tahu mengenai Kaer?

Kaer dapat rasakan orang lain menganggap Kaer sombong, pada hal itu tidak sama sekali. Mungkin Kaer malu dan sifat itu memang tidak dapat dielak. Untuk mengelak itu, Kaer banyak tersenyum.

Hobi waktu lapang?

Kaer banyak melukis, membaca dan suka juga menggubah lagu. Setakat ini, Kaer mempunyai koleksi sebanyak 10 lagu.

Cara Kaer menangani stress?

Cara terbaik yang Kaer lakukan adalah dengan mendiamkan diri terlebih dulu dan tenangkan fikiran. Lakukan juga perkara yang merehatkan minda. Jika tidak pun, sibukkan diri dengan kerja seharian.

Selebriti wanita Malaysia yang Kaer kagumi minati dan mengapa?

Kaer memilih Datuk Siti Nurhaliza dan Fazura. Siti Nurhaliza kerana kredibiliti beliau sebagai artis bertaraf dunia. Saya sendiri jadikan beliau sebagai idola untuk berjaya dalam bidang seni. Fazura pula disebabkan bakat lakonan beliau yang membanggakan. Fazura memang boleh pergi lebih jauh!

Bagaimana cara seorang wanita untuk memikat hati Kaer?

Mudah saja. Gadis itu mestilah smart dalam pelbagai segi.

Adakah Kaer seorang lelaki romantik?

Rasanya kot! (tergelak) Saya dapat rasakan begitulah.

Lokasi percutian pilihan Kaer?

Semestinya tempat itu mempunyai pasir yang putih dan air laut yang jernih. Memang Kaer gemari.

Pandangan anda mengenai perkembangan fesyen lelaki hari ini?

Oh ternyata sudah berkembang. Tidak seperti dulu di mana sukar untuk memilih fesyen dan padanan gaya bersesuaian. Hari ini, banyak koleksi dan semuanya mengikut perkembangan semasa yang boleh dipilih untuk digayakan.

Kaer dalam tempoh 10 tahun daripada sekarang?

InsyaAllah, pada masa itu saya sudah berjaya dalam dunia perniagaan termasuklah mengukuhkan nama dalam bidang seni dan mempunyai restoran atau butik kecil sendiri.

PROFIL: Kaer

Nama: Wan Mohammad Khair Wan Azami

Nama Komersial: Kaer Azami

Umur: 23 tahun

Tarikh lahir: 30 Ogos 1985

Tempat lahir: Petaling Jaya, Selangor

Tinggi: 175 sentimeter

Berat: 70 kilogram

INFO: Kaer

Dilahirkan di Hospital Assunta, Petaling Jaya

Finalis Akademi Fantasia 2 pada 2004 dan menghasilkan album sulungnya berjudul Menjelma pada 2007. Album itu mengambil masa selama dua tahun untuk dihasilkan.

Pernah muncul dalam drama arahan Rashid Sibir berjudul Akademi (2005) dan ditayangkan di Astro Ria.

Lagunya, Izinku Pergi memenangi kategori Balada di Anugerah Juara Lagu ke-22. Lagu popular ini dicipta Azlan Abu Hassan manakala lirik oleh Sulu Sarawak.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: