Dengarnya…: Mawi Umum Nikah 21 Oktober

13 Oct


Mawi dan Ikin.

PENGUMUMAN yang ditunggu-tunggu oleh ramai pihak termasuk pihak media mengenai majlis Wedding Of The Year Mawi dan kekasih hatinya, Ikin akan diumumkan pada 21 Ogos ini. Cik Normah kurang pasti di mana lokasi sidang media itu akan dijalankan.

Cik Normah dapat tahu, sehari selepas itu, sidang media mengenai penyanyi Farahdhiya yang khabarnya sudah mengesahkan penyertaannya dengan syarikat Maestro akan dilakukan.

Cik Normah pasti hari itu mesti ramai rakan wartawan akan menghadiri sidang media itu. Teringat Cik Normah masa Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa umumkan rencana hari bahagia mereka dua tahun lalu. Tak sabar Cik Normah nak pergi sidang media itu nanti dan yang pasti Cik Normah akan melaram sakan dengan kebaya ketat pemberian suami tercinta.

Nanti akan terjawablah segala spekulasi yang selama ini dilihat tergantung mengenai hari bahagia Mawi dan Ikin. Ada yang cakap Mawi akan kahwin Ikin pada Disember ini. Yang terbaru, Cik Normah dengar cerita tarikh itu berganjak ke awal Januari depan. Entahlah, Cik Normah pun kurang pasti.

Yang pasti Mawi dan Ikin tidak akan bertunang, terus bernikah. Iyalah, bimbang kisah perit lalu sewaktu menjadi tunangan Ina Naim yang kini sedang bahagia dengan suaminya, Suhaimi berulang kembali. Upss… karang kalau tak jadi siapa yang malukan? Mawi, Ikin dan keluarga mereka juga malu.

Dalam keghairahan Mawi dan Ikin menuju ke gerbang perkahwinan, Cik Normah difahamkan dua buah stesen TV tersohor kat Malaysia sedang berkira-kira untuk menjadi penyiar rasmi majlis bersejarah Mawi nanti. Dua stesen gergasi yang dimaksudkan ialah TV3 dan Astro, tapi sumber Cik Normah memaklumkan, stesen yang menggilap bakat Mawi mempunyai laluan cerah untuk menjadi penyiar rasmi. Tahukan stesen mana? Tak payahlah Cik Normah sebut.

Berita Harian

One Response to “Dengarnya…: Mawi Umum Nikah 21 Oktober”

  1. MISS October 16, 2008 at 6:22 pm #

    tahniah buat mawi n ikin…w/pun rmi
    yg x
    sukadgn koranng…x per r..tp cb layari bahtera rmahtgga dgn baik..masalah ttp akn tmbl slagi kita bgelar manusia…apatah lg suami isteri…cm stiasa bbincang jika ada masalah…kalau sorg marah..sorg lg cb redakan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: