Buai Coda

12 Oct

Oleh FIRDAUS SAHAT
firdaussahat@hmetro.com.my

Rap
PENYERTAAN dalam program Blast Off tahun lalu menjadi platform terbaik buat kumpulan ini melebarkan perjuangan seni mereka dengan kejayaan memenangi tempat ketiga dan anugerah persembahan terbaik.

Sebaik saja selesai program itu, Coda dilamar Siti Nurhaliza Production (SNP) untuk menjadi artis mereka. Mulanya, band yang selesa bergerak secara indie ini tidak mahu terikat dengan mana-mana pihak. Namun, apabila mereka dibenarkan untuk bebas berkarya, tawaran itu akhirnya diterima.

Coda dianggotai Jashir (bass), Ijam (dram), Faimi (vokal) dan Akir serta Freddy (gitar). Menurut Faimi atau selesa disapa Mie saja, sebelum menerima tawaran itu, mereka mahu bergerak sendiri dan mengeluarkan EP untuk pasaran. Begitupun, apabila tawaran baik diberi, mereka tidak mampu menolaknya.

“Sebenarnya ketika SNP mendekati Coda, kami merancang untuk tidak menerima pelawaan itu. Lagipun, biasanya kebebasan berkarya akan tersekat apabila sesebuah band indie menyertai mana-mana label di dalam arus perdana.

“Namun selepas berbincang, mereka memberi kami kebebasan untuk tampil dengan idea dan kreativiti sendiri. Jadi, syarikat rakaman ini tidak menyekat kebebasan berkarya dan kami bebas tampil dengan genre sendiri,” katanya.

Tambah Mie, persefahaman yang terjalin antara Coda dan SNP sungguh kuat. Buktinya, mereka bakal tampil dengan album sulung tidak lama lagi.

“Insya-Allah, jika tiada aral, album penuh kami akan dikeluarkan selepas Aidilfitri. Album bergenre rock ini sudah melalui proses rakaman dan kini kami hanya menunggu proses ‘mixing’ pula.

“Dalam album ini 10 lagu baru ditampilkan dan kebanyakannya ciptaan sendiri. Bagi mewujudkan kesegaran dalam seni muzik, kami turut mengkaji muzik luar, kebanyakannya dari Jepun. Begitupun, kami hanya mengkaji muzik mereka dan kemudian ia dijelmakan dalam cara kami sendiri.

“Kebanyakan lagu dalam album ini juga berentak laju. Setiap lagu ada makna tersendiri, malah kami banyak mengetengahkan nilai gembira dan seronok.

“Buat masa ini judul album belum ditetapkan, tetapi kami mungkin menamakannya Retorik Audio. Retorik bermaksud lirik yang indah manakala audio adalah bunyi atau muzik yang ditampil.

“Ia sesuai dengan album ini apabila kami membawa lagu yang mempunyai lirik indah di samping muzik yang pelbagai. Harapnya, kelainan dan kesegaran yang kami bawa diterima pendengar,” katanya.

Walaupun keseluruhan lagu belum siap sepenuhnya, band ini sudah mengeluarkan lagu pengenalan berjudul Buai. Tambah Mie, Buai menggantikan single mereka yang belum siap sepenuhnya.

“Disebabkan semua lagu kami menunggu proses akhir adunan, kami tampilkan Buai sebagai pengenalan. Ia diharap dapat memperkenalkan kami kepada pendengar.

“Alhamdulillah, Buai mendapat tempat di stesen radio tempatan dan maklum balas yang diterima juga baik,” katanya.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: