Mana Ada Agensi Modelling!

8 Oct


khalid Mohamad Jiwa dan isteri tercinta, Siti Nurhaliza Tarudin.

KALAU ada yang berkesempatan membaca gosip dalam akhbar sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia Ahad lepas (5 Oktober), pasti ada yang teringat dengan laporan gosip Datuk K buka agensi modelling di Paris?

Artikel berkenaan melaporkan usahawan ternama, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K yang juga suami artis terkenal, Datin Seri Siti Nurhaliza Tarudin bakal mengusahakan agensi peragaan (modelling) berpusat di kota fesyen terkemuka dunia, Paris, Perancis.

Berikutan itu, Papa cuba mengintai sejauh mana kebenaran gosip yang disampaikan oleh sumber kami.

Sayang sekali, Papa difahamkan, Datuk K tidak pernah ada sebarang rancangan untuk mengusahakan perniagaan itu seperti yang didakwa sumber itu.

Papa diberitahu ahli perniagaan yang kaya dengan senyuman itu tidak pernah terfikir untuk mengusahakan perniagaan sedemikian.

Bahkan, Papa juga dimaklumkan, Datuk K sangat sedih kerana namanya terus dikaitkan dalam gosip yang tidak berasas itu.

Sehubungan itu, Datuk K mengharapkan pihak-pihak yang suka menyampaikan berita-berita tidak berasas itu menghentikan melakukan perkara-perkara sedemikian kerana ia hanya akan menjejaskan nama baiknya sebagai ahli perniagaan.

Sebagai orang berpengaruh, Papa faham sangat kenapa Datuk K berduka apabila namanya terus dilibatkan dalam laporan-laporan gosip.

Kalau begitu, Papa mengharapkan Datuk K terus bersabar dan bertenang dengan laporan sedemikian.

Sebagai penulis gosip, Papa faham tulisan itu dibuat kerana ia mempunyai nilai berita yang sangat tinggi kerana Datuk K adalah usahawan berjaya yang berkahwin dengan artis wanita popular.

Inilah yang dikatakan sebagai ujian. Sekali lagi, Papa mengharapkan Datuk K terus bersabar kerana seperti mana yang Datuk K pernah sebut sebelum ini, itulah harga yang beliau terpaksa bayar kerana mengahwini seorang artis sepopular Siti.

Papa percaya Datuk K seorang yang sangat rasional dan boleh menerima setiap ujian dan cabaran dengan begitu tabah sekali.

Jangan marah-marah ya Datuk. Senyum selalu tau. Senyum itu sedekah.

Utusan Malaysia

11 Responses to “Mana Ada Agensi Modelling!”

  1. kekwa October 8, 2008 at 3:11 pm #

    betul ke boleh terima ujian?….jgn2 balik umah mengamok….depan org tunjuk
    baik le

  2. +0+cupcakes October 9, 2008 at 12:25 am #

    “Nothing says I love you like cupcakes” – Exclusive Wedding doorgift @ http://www.totcupcakes.com

  3. kekwa October 9, 2008 at 12:59 pm #

    berapa kati mekup ctot tu…macam cerita
    opera….lentik betul misai hj kertu

  4. cykepo October 9, 2008 at 1:18 pm #

    makeup tok menti standard adalah 10 tonne oiii!!!

  5. Difa October 9, 2008 at 5:49 pm #

    Kak ct lebih baik buka butik busana muslim,apalagi kak ct kan0uadah pakai tudung n busana muslim skrg udah populer.jaga imej lah!!!
    I miss u

  6. kekwa October 10, 2008 at 3:23 pm #

    macam2 business nak buat….resort, hartanah, modelling (tak jadi sebab ramai yg kutuk), english album, buat
    concert (tapi penaja tak de), tea (udah
    bankrap), putu mayam, kerepok (hot dog)

  7. Genius.YYY October 10, 2008 at 5:34 pm #

    kat paris ni, agency modelling ada beratus ribu bijik, so tak heran ler kalau dia ada bukak sebijik, cuma kalau model yg dia ada tu cam bini sebelah dia tu, nampak gaya tak sampai sebulan boleh muflis agensi dk tu

    dari gambar tu, aku ngk betul ler ct ni nampak tua, tapi dk nampak stedi jer lagi, mmg layak utk carik sorang lagi utk ganti si tua sebelah dia tu. sekian

  8. cykepo October 14, 2008 at 2:02 pm #

    memanglah orang lelaki tak senang nampak tua.tu sbb pada lumrah orang lelaki lebih tua dari bini dia.tapi jgn jadi tua keladi, miang abis!!!lagipun tak payahlah tok menti jadi model busana muslim, pasal pakai pun bukannye mengikut hukum.

  9. cairo June 18, 2010 at 10:14 am #

    lumrah manusia…..
    DK lelaki .. bak kata pepatah man life is begin on 40’s hahah…
    ctot only 31 but look 41… still cute and cun but not pretty or gorgeus….its true. anyway my opinion who care right..!! LoL.
    the SimplySiti honestly the price way too expensif the product still new hanya harapkan nama ctot huhue its a small mistake but sory to say ur product cannot compare with MAC , people might choose elianto coz more cheap and the things are same quality like SimplySiti and much much choices
    the end and thank you

  10. opie July 17, 2010 at 1:12 pm #

    ikot la nk ape pun kt dunia nie.yang penting satu aje misi saya tak suke kutuk org…assalamualaikum semua

  11. opie July 17, 2010 at 1:17 pm #

    boleh pecaye ke kerja dari rumah dapat income bejuta juta.semua banyak tipu arrrrrr.kalau betul email saye.kalau tipu dapat dose arrrrrrr….masuk naraka.haha x tau

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: