Datuk K Buka Agensi Modelling Di Paris?

5 Oct

AMBOI dalam orang kalut bercerita tentang kisah Datuk K berkahwin lain dan kisah Siti Nurhaliza dimadukan, Joyah pula terdengar khabar lain.

Kononnya “abang misai” kesayangan penyanyi tersohor kita itu akan membuka agensi modelling di kota Paris yang juga terkenal dengan kehebatan dunia fesyennya.

Wah! Jauh sungguh cik abang kita nak merantau. Jadi siapa kata dia ke London? Datuk kita yang ganteng yang seorang ini rupa-rupanya mengintai peluang perniagaan di Paris.

Khabarnya sekarang ini Datuk K sedang sibuk mencari para jelitawan bertubuh langsing dan tentunya tinggi lampai untuk menjadi modelnya di sana.

Pilihannya mestilah gadis-gadis tempatan yang berminat nak jadi model bertaraf antarabangsa. Joyah dengar beliau sekarang sibuk cari model yang yang tingginya 170 sentimeter. Iyalah, kalau cari gadis yang pendek dari itu macam mana nak layak memperaga di pentas antarabangsa, tak gitu?

Kiranya kalau bentuk badan tu macam Joyah ni hah, tak dapeklah nak nolong. Tak ada chance lah nak ke Paris jadi model terkenal di bawah agensi Datuk K. Sebab Joyah ini “tinggi sangat”.

Joyah dengar Datuk K akan menjalinkan kerjasama dengan Datuk Shah Rezza dalam usaha membawa model Malaysia ke Paris.

Joyah dengar khabar, bukan Datuk K tak mahu buka agensi di negara sendiri. Tapi beliau malas nanti akan timbul banyak sangat fitnah. Tengoklah sekarang, sejak berkahwin dengan penyanyi, beliau terpaksa menghadapi banyak gosip liar.

Macam kisah kahwin lagi satu. Dah nafikan pun orang dok heboh bercakap fasal perkahwinan yang entah iya entah tidak. Sabarlah Tok. Bak kata Datuk hari itu, itulah harga yang terpaksa dibayar kerana mengahwini seorang artis sepopular Siti.

Utusan Malaysia

2 Responses to “Datuk K Buka Agensi Modelling Di Paris?”

  1. kekwa October 7, 2008 at 4:07 pm #

    tak sesuailah….dia kan dah pi Haji…kot2 model yg baju jubah ke?….kalau takut kena fitnah, pi mana2 pun kalau tak betul org tetap akan mengata jugak….jgn ingat di Paris tu org tak de mata….teropong gajah pun ada…..apa punya otak tok misai….nampaknya 2×5 dgn ctot tu…..kalau nak bagi alasan tu biarlah
    cerdik sikit…..fikirlah dulu sebelum
    nak jawab…jgn jadi macam bini hang pakai hentam je

  2. Difa October 7, 2008 at 7:41 pm #

    Q stuju ma kekwa,kan datuk n ct sdh haji,tdk cocok lah buka usaha mcm itu.lebih baik buka usaha peragaan busana muslim krn zaman sekarang busana muslim itu udah populer,dr pd cari model yg pasti auratnya terbuka…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: