Dengarnya…Apabila Pengurus Artis 'Over Excited'

29 Sep

Oleh Normah Becok

SEDANG Cik Normah sedang duduk bersantai sambil melayan lagu raya dendangan Aishah dan Datuk Siti Nurhaliza yang menjadi kegemaran itu, tiba-tiba telefon merah jambu beraksesorikan berlian Cik Normah berbunyi.

Tertera nama teman Cik Normah yang baru-baru ini mendapat title baru iaitu Miss J. Kenapa dia digelar Miss J, jangan tanya Cik Normah okey. Rahsia gitu! Rupa-rupanya, tujuan si Miss J ini selain bertanyakan khabar dia hendak mengadu satu perkara.

Bebel si Miss J ini, dia sebenarnya tak puas hati dengan sikap seorang pengurus artis ini. Bukanlah dia bersikap lebih sudu dari kuah tetapi perangainya yang over excited tak kena tempat itulah yang membuatkan ada pihak makan hati.

Kata Miss J ini, si pengurus ini nampaknya masih tidak faham makna eksklusiviti. Ada ke patut dia meletakkan gambar yang diambil dari sebuah fotografi sebuah media cetak, sebelum gambar itu disiarkan untuk tatapan pembaca.

Ceritanya lagi, sudahlah si wartawan yang aturkan sesi fotografi itu berhempas pulas mencari lokasi, tup tap dia pula boleh ambil gambar dan letak dekat blog dia itu dengan kadar segera.

Tahulah artis itu anak didiknya tapi janganlah over excited sangat sampai membelakangkan wartawan terbabit.

Dan kata si Miss J ini lagi, gara-gara perbuatan itu, si wartawan tadi sudah sentap. Iyalah mana tak sentap, ingat nak buat kejutan tiba-tiba dia yang terkejut dulu apabila melihat pelbagai gambar sudah didedahkan si pengurus artis tadi.

Cik Normah tak tahulah nak kata apa dalam hal ini. Kadang-kadang apabila kita ikutkan sangat perasaan teruja tanpa memikirkan kesan di belakangnya, beginilah jadinya. Cik Normah harap wartawan tadi tak sentap dan tak naik hantu dengan perbuatan pengurus itu tadi.

Sebabnya? Cik Normah tahu sangat perangai wartawan itu, kalau dia dah naik hantu, alamatnya sampai matilah pengurus artis itu akan dipangkahnya. Masa itu menangis air mata darah kerana menyesal pun tak guna.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: