Lagu Raya Ke Lagu Krismas?

24 Sep

SEDANG jari Papa sedang rancak menari menyiapkan bahan untuk raya, Papa menerima panggilan misteri dari seorang peminat fanatik rancangan realiti popular negara iaitu Akademi Fantasia (AF).

Pemanggil yang hanya mahu menggelarkan dirinya sebagai Temah Bedah siap bercerita pada Papa bagaimana dia taksub dengan AF bermula dari musim pertama sehinggalah yang keenam.

Temah juga siap beritahu Papa semua produk yang berkaitan dengan AF menjadi koleksinya di rumah sehingga boleh dibuat muzium.

Kiranya selepas ini, kalau sesiapa yang mahu membuat rujukan tentang AF, bolehlah berkunjung ke rumah Temah.

Album raya AF6 yang baru dilancarkan baru-baru ini pun sudah dimiliki oleh Temah.

Katanya, pada hari pertama sahaja, dia telah menderu ke kedai muzik untuk membelinya.

Sedang dia asyik mendengar album itu, tiba-tiba dia berasa sungguh musykil dengan sebuah lagu raya dendangan Riz yang berjudul Syawal Kemaafan.

“Bila saya dengar melodinya sahaja, langsung tidak membangkitkan suasana raya tetapi sebaliknya saya rasa macam menyambut Krismas pula. Tajuk dah sedap tapi langsung tidak ada kena- mengena dengan raya.

“Masakan tidak, melodinya bagaikan lagu untuk menyambut Krismas lantas saya membayangkan diri saya duduk di atas sofa dan berhadapan dengan pendiang api sambil memerhatikan salji turun di luar jendela.

“Saya harap pihak Maestro akan lebih berhati-hati selepas ini dalam menyediakan lagu untuk artis-artis AF. Jangan hanya tangkap muat sahaja semata-mata mahu melepaskan beban di bahu. Ingat sikit, tanpa peminat, tiadalah AF,” begitulah luahan Temah panjang lebar.

Papa nak komen lebih pun tak boleh sebab belum lagi berkesempatan mendengarnya.

Pada Papa, kalau nak buat pembaharuan sekali pun, jangan sesekali abaikan nilai-nilai kebudayaan bangsa yang men- jadi kebanggaan kita selama ini.

Bercakap pasal lagu-lagu raya juga, dari dulu sampailah sekarang, kita tidak dapat nafikan kehebatan lagu-lagu lama yang tetap malar segar.

Kalau lagu raya generasi baru pula, Papa suka pada lagu-lagu raya Datuk Siti Nurhaliza dan Aishah.

Lagu Salam Dunia dendangan M. Nasir pun Papa suka juga.

Utusan Malaysia

2 Responses to “Lagu Raya Ke Lagu Krismas?”

  1. Genius.YYY September 25, 2008 at 9:48 am #

    masih lagi ada rupanya spesis yg minat kat artis melampau2 ni.. aku ingat dah pupus sekali sama ngan dinasour. Tak minat langsung AF ni, menyampah tahap cipan tu memang ler tidak di nafikan..

  2. kuntau September 25, 2008 at 1:20 pm #

    biasala GYY zaman la ni quantity lebih penting dari quality, artis berlambak2 tp satu pun x menembusi ke pasaran antarabangsa, paling jauh pun indon, s’pre n brunei

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: