Radhi OAG Tubuh Orang Rekod

23 Sep

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my

BERTAHUN hidup dalam industri muzik tempatan, nama Radhi OAG ketika ini sudah cukup kukuh dengan memperjuangkan muzik berkonsepkan alternatif.

Bakat yang dimiliki anak kelahiran Kuching, Sarawak ini usah dipertikaikan kerana banyak lagu ciptaannya seperti Slumber, Permysuri dan 60’s TV sering mendapat perhatian khalayak pendengar.

Sering kali muncul dengan sesuatu yang baru serta segar, peminat melihatnya sebagai seorang yang cukup kreatif dalam menyampaikan elemen-elemen muziknya.

Kini, atas segala bakat yang kemudian berjaya mengangkat namanya, Radhi mengorak langkah apabila muncul menubuhkan syarikat rakaman iaitu Orang Rekod.

Beribu pejabat di Dataran Prima, Petaling Jaya, Selangor penubuhan Orang Rekod menggunakan modalnya sendiri.

“Artis-artis yang bernaung di bawah Orang Rekod adalah band-band baru yang mempunyai konsep sama seperti OAG serta band indie.

“Buat masa ini, Orang Rekod sudah mempunyai beberapa kumpulan termasuk seorang artis wanita yang masih baru dalam industri muzik.

“Artis yang bernaung di bawah Orang Rekod adalah terpilih namun kuota kami tidak terhad,” kata Radhi ketika ditemui Hits pada program rakaman Ria Sentral Raya 2008 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Radhi, melalui Orang Rekod, beberapa penekanan telah ditetapkan bagi membolehkan artis-artis naungan mempunyai kualiti dan penampilan berbeza daripada artis lain.

Ujarnya, mereka juga akan dititikberatkan mengenai soal perhubungan awam agar mampu mempunyai keyakinan apabila berhadapan dengan audiens.

“Band-band di Malaysia sudah jauh ketinggalan berbanding band-band negara jiran.

“Oleh itu, ini adalah masa untuk kita menaikkan kembali kegemilangan band serta muzik Malaysia.

“Saya yakin, dengan adanya penekanan terhadap kualiti, band kita akan mampu pergi jauh dalam masa beberapa tahun mendatang,” katanya.

Band indie berbaju Melayu?

Menurut Radhi, salah satu kelainan yang akan diperkenalkan menerusi Orang Rekod adalah ciri-ciri Kemelayuan.

“Mungkin pada persembahan-persembahan tertentu, band-band di bawah Orang Rekod akan mengenakan pakaian Melayu.

“Pasti kita dapat menonjolkan elemen tempatan yang akan menjadi satu trademark untuk ditonjolkan ke luar.

“Bila berbaju Melayu, band-band ini nampak lebih kemas,” ujar Radhi penuh semangat.

Mahu bergerak solo

Sementara itu, sedang rancak berbicara mengenai Orang Rekod, Radhi menyatakan hasratnya untuk bergerak secara solo.

Bukan bergaduh atau berselisih faham dengan OAG, alasan untuk tidak bersama OAG adalah bagi memperlihatkan sesuatu yang baru terhadap penyampaian lagu-lagunya.

“Ini hanya perancangan saya. Umur saya pun sudah meningkat. Sudah tidak larat untuk terlompat-lompat macam dulu.

“Jika penghasilan album solo siap nanti, ia akan berkonsepkan lagu-lagu balada dan menyaksikan identiti sebenar saya,” katanya.

Jelas Radhi, keputusan untuk bergerak solo juga adalah bagi memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Orang Rekod.

“Dengan ini, saya akan ada banyak masa untuk band-band di bawah Orang Rekod,” tambahnya yang berbangga apabila diberikan peluang menghasilkan lagu untuk Datuk Siti Nurhaliza iaitu Langit Masih Cerah menerusi album tradisional terbaru penyanyi tersebut.

Beraya di Kuala Lumpur

Aidilfitri bakal menjelma dan soalan mengenai hari raya tidak lepas diajukan kepada Radhi.

Ringkas menjawab persoalan, Radhi memberitahu dia dan isteri, Shazlin Sharif akan menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur.

“Sedih kerana tidak dapat pulang beraya di Sarawak. Beraya di kampung meriah tetapi disebabkan sibuk, kami di Kuala Lumpur sahaja,” katanya.

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: