Dr 'K' Nafi Nikah Lagi Di London

22 Sep

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk ‘K’ kelmarin menafikan bahawa beliau telah bernikah lagi.

‘Boleh dikatakan 99 peratus masa saya dihabiskan bersama Siti (Datuk Siti Nurhaliza Taruddin). Ke mana saya pergi dia pasti ada bersama,’ kata Datuk Seri Khalid, menafikan gosip perkahwinan keduanya yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan memperkenalkan artis baru bernaung di bawah Siti Nurhaliza Production Sdn Bhd (SNPSB) di Menara Yayasan Tun Razak di sini, kelmarin, ahli perniagaan itu, berkata gosip disebarkan itu tidak berasas sama sekali.

Siti Nurhaliza turut hadir di majlis itu.

Datuk ‘K’ turut menegaskan bahawa cerita mengenai majlis pernikahannya dengan seorang pramugari di London awal Ogos lalu dibuat dengan niat mengganggu kebahagiaan rumah tangganya.

‘Saya tidak tahu mengapa pihak media boleh menyiarkan gosip itu. Apabila ia dibaca ramai menyebabkan berita menjadi bertambah hangat. Bila masa saya ke London tanpa Siti di sisi?’ katanya bertanya kembali.

Menurutnya, beliau hanya mengetahui gosip itu beberapa hari sebelum disiarkan di akhbar dan tidak terlalu memikirkan sangat tentangnya, hinggalah gosip itu tersebar meluas.

‘Bayangkan ada rakan saya dari Johor dan Kedah menghubungi dan bertanya adakah benar saya sudah bernikah satu lagi? Bagi saya tidak baik orang membuat fitnah mengenai saya dan Siti. Pada saya cukuplah cerita tidak baik dibuat mengenai kami sebelum ini. Tambahan pula sekarang bulan puasa (Ramadan). Sudah-sudahlah,’ katanya.

Sebelum ini, Siti sendiri menerusi laporan disiarkan Metro Ahad, menafikan gosip yang disebarkan itu. — Harian Metro.

Cyberita

12 Responses to “Dr 'K' Nafi Nikah Lagi Di London”

  1. kuntau September 23, 2008 at 5:39 am #

    the same story kena rewind over and over again and again – napa wartawan zaman ni dah kehausan idea ke???? quatity je lebih dari quality, takat nak tulis benda yg sama tuk penuhkan muka surat baik x yah

  2. Genius.YYY September 23, 2008 at 12:20 pm #

    99% peratus masa dengan siti?? 1% tu agaknya masa melepas lah kot.. atau itu pun buat together gether .. ni samada terlampau sayang kat bini atau diserang sindrom takut bini yang kronik atau penyakit bini tak takut kat aku, apa2 pun semoga datuk K cepat sembuh dan dpt kawin ngan pramugari tersebut di london. Jgn lupa bagi strawberry coklat kat pramugari tu….

  3. kekwa September 23, 2008 at 2:21 pm #

    sebenarnya atok tu suka sgt cerita sensasi macam ni, dlm hati atok berkata-kata, “laku jugak aku ni ya, walaupun dah tua-tua kerepot”….sanggup kau ct
    menghancur seorg wanita, dimanakah letaknya prihatin kamu ct, jgnlah kita ni terpedaya dgn kelakuan kau yg tidak sopan dan tidak belas kasihan….aku sungguh menyesal melihat kelakuan kamu tu dan sanggup merosakkan rumahtangga org

  4. kekwa September 25, 2008 at 1:40 pm #

    99% bersama si perampas reta

  5. cykepo September 25, 2008 at 2:39 pm #

    ish2 mcm kat cita industan lak exaggerate lebeh2 je. 99%? 1% nak melepas pun tak cukup lah tok. memang tok punya rate of metabolism dah lemah. tu sbb 1% kat bilik termenung dah cukup ya…..

  6. kuntau September 25, 2008 at 8:44 pm #

    kalo DK ni 0.5% pun dah lebih dari cukup dah tuk diri dia sendiri, 1% tu dah kira membazir, kalo x lemah masakkan tok kembang x mengandung lagi, erra yg baru kahwin pun next year dah nak menimang dah…tau la org selalu kata xde rezeki tapi zaman sains ni benda gitu2 kira no.2 la kan..yg nyata itulah hakikat bila kahwin org dah berumur🙂 touchwood2!!!

  7. kekwa September 26, 2008 at 3:29 pm #

    jawapan yg paling bodoh tak pernah aku dengar dari seorg atok

  8. cute October 6, 2008 at 4:28 pm #

    i think u all ni x ley tgk org snang ar.. ape pejdah yg korng dpt dengan membawa fitnah nie.. nant kt akhirt dpt balasan tau

  9. Albuaya October 8, 2008 at 10:46 am #

    Kalau saya difitnah begitu akan saya cari sampai akar umbi benda yang tidak di fitnah

  10. laser November 21, 2008 at 3:48 pm #

    akar umbi lepas 2 rebus ubi sumbat mulut atuk k hehehheheeheh

  11. kekwa November 27, 2008 at 2:56 pm #

    dk tak buat report polis ke?

  12. Helmi September 28, 2009 at 9:17 pm #

    As’kum,

    Disini saya ingin menawarkan perkhidmatan Nikah yang dilakukan di Pejabat Agama Daerah Yala Cawangan Betong.

    Hanya 10 minit perjalanan dari pintu sempadan negara dengan menaiki kereta.

    Kawasan ini aman & tenteram, tiada pergaduhan, peperangan atau pengeboman dan sebagainya.

    Pergaduhan hanya berlaku di kawasan yang lebih jauh iaitu pekan Yala 150km dari Betong.

    Surat Nikah dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Yala dan boleh digunakan di Malaysia. Tidak ada masalah di kemudian hari kerana ini bukan Nikah Sindiket. Perkahwinan ini adalah Sah disisi Agama dan diterima untuk diperakui di Malaysia.

    Hanya perlu membayar denda (kadangkala tak perlu langsung) jika Sijil Nikah tersebut hendak Sahkan di Malaysia. Data akan dimasukkan ke dalam sistem pejabat agama dan pendaftaran di Malaysia.

    Kenderaan akan disediakan dari exit tol PLUS Kuala Kangsar untuk membawa pasangan untuk diijabkabul. Proses hanya lah dalam masa satu hari sahaja. Tuan akan mendapat terus sijil nikah selepas akad & surat pengesahan dalam masa 7 hari.

    Keseluruhan kos termasuk kenderaan, minyak, insuran kereta & roadtax Thailand boleh dibincangkan dgn lebih lanjut.

    Yang penting kepada yg berminat perlu menyediakan passport antarabangsa (atau pas sempadan) & mas kahwin.

    Diharap tawaran ini dapat menyelesaikan masalah tuan/puan.

    Untuk Urusan & Pertanyaan Sila email saya di elmyda@gmail.com.

    Terima Kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: