Kenali Gaya: Bakal Ibu Mahu Bergaya Di Aidilfitri

21 Sep

Soalan

Saya berusia 26 tahun dan mengandung anak pertama. Saya berkulit cerah dengan ketinggian 160 sentimeter. Lebaran tahun ini bukan saja yang pertama bagi saya dan suami malah menggembirakan, saya sedang mengandung tujuh bulan. Di harap saudara dapat melakarkan fesyen maxi sesuai untuk di gayakan di pagi raya dan saya menyukai fabrik sifon.

Rose,
Prima Damansara,
melalui emel.

Jawapan

Disebabkan perut anda sedang membesar, pilihan fabrik sifon yang lembut akan kelihatan jatuh cantik menjadikan ia pilihan tepat untuk maxi labuh. Bagaimanapun, disebabkan anda tidak terlalu tinggi, rekaan yang sarat tentunya tidak sesuai kerana ia boleh menyebabkan gaya kelihatan sarat dan berserabut.

Justeru, kali ini saya lakarkan baju labuh (maxi) berleher ‘cowl’ sesuai untuk anda yang hamil tujuh bulan dalam rekaan sederhana namun mampu membuatkan anda kelihatan bergaya di hari raya.

Di bahagian badan maxi, disarankan dibuat pesak (princess line) kerana biasanya bakal ibu yang sedang sarat mengalami perubahan bentuk badan terutama di bahagian payudara. Selain menyokong payudara, potongan begitu boleh membuatkan penampilan kelihatan kemas.

Maxi labuh begini juga sesuai dibuat potongan empire line iaitu potongan pada bahagian bawah payudara. Potongan tinggi boleh membuatkan badan anda tampak lebih tinggi. Gunakan ikatan riben bersama taburan manik sebagai tambahan di sepanjang garisan di dada supaya baju yang polos tambah berseri.

Labuh baju bergantung pada keselesaan tapi untuk Aidilfitri, penampilan lebih sopan jika hujung baju dilabuhkan ke paras buku lali. Supaya anda kelihatan anggun dan tampil feminin, bahagian depan maxi dibuat ropol yang tidak terlalu ketara. Ropol itu juga boleh berubah mengikut keadaan perut dan anda tidak perlu gusar kerana maxi ini tentu masih boleh digayakan walau usia kandungan semakin bertambah.

Lengan baju dipotong tiga suku dan disulam ringkas pada tiga lapisan sifon yang sengaja dibuat bagi menampakkan kelainan. Pilih warna sulam yang senada warna baju tapi sedikit gelap dan tambahkan taburan manik supaya baju tambah menawan.

Pilihan warna untuk musim raya kali ini tentunya warna ceria tapi lembut seperti merah jambu, biru firus atau lilac. Saranan saya, selain sifon lembut, anda boleh juga gantikan ia dengan sutera crepe atau fabrik lain tapi pastikan materialnya lembut dan tidak panas serta mempunyai jatuhan cantik apabila dikenakan pada badan.

PROFIL

Calvin Thoo

Usia : 37 tahun

Asal : Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Fesyen, RMIT University of Melbourne, Australia

Mempunyai pengalaman selama 12 tahun di dalam industri fesyen tanah air malah nama besar Calvin Thoo pernah menghasilkan rekaan busana indah untuk selebriti antaranya Anita Sarawak, Erra Fazira, Datuk Siti Nurhaliza, Raja Azura, Sazzy Falak dan Dynas.

Kunjungi butik Calvin Thoo di P17, Tingkat 4, Lot 10, Bukit Bintang atau hubungi 03-21486862 untuk pertanyaan lanjut mengenai fesyen.

INFO

Jika anda mempunyai kemusykilan mengenai fesyen sesuai dengan diri atau majlis yang hendak dikunjungi, ruangan ini mungkin dapat membantu. Hantarkan masalah anda untuk dijawab pereka fesyen berlainan setiap minggu melalui emel di bminggu@bharian.com.my atau pos ke alamat Berita Minggu, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau faks ke 03-22822425.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: