CAK: Pelamin Dari Jakarta

21 Sep

Rap
MINGGU lalu, CAK menulis mengenai perkahwinan Mawi dan Ikin kononnya diberi hak penyiaran eksklusif kepada TV3. Banyak juga respon yang terima mengenai khabar angin itu tetapi sehingga kini tiada penafian atau pengakuan jelas daripada orang TV3.

Selain program sambutan Aidilfitri, industri hiburan turut memerhati perkembangan berita perkahwinan pasangan popular ini.

Seperti kisah Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang menaiki pelamin dulu, begitu yang sedang terjadi kepada Mawi dan Ikin.

Biarpun belum mengumumkan tarikh sebenar, kita sudah didahulukan dengan khabar angin mengatakan Mawi akan berjabat tangan dengan jurunikah (tok kadi) pada Disember ini.

Begitu juga dengan satu lagi sumber yang memberitahu CAK, kononnya pasangan itu, menggunakan khidmat pereka dari Jakarta untuk merekabentuk pelamin serta pakaian mereka.

Kata sumber tadi, dia sendiri sudah melihat lakaran pelamin yang diperkenankan oleh Mawi. Memang cantik!

Malah majlis itu nanti katanya, bakal berkonsepkan sarang burung. Sarang burung? CAK pun tercengang mendengar konsep itu kerana fikiran CAK terus melayang kepada stadium Olimpik Beijing 2008, Bird’s Nest.

Bagaimanapun sumber itu tidak mahu bercakap panjang lebar mengenai konsep berkenaan, sebaliknya dia suruh CAK tunggu perkembangan seterusnya.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: