Artis Malaysia Dipinggirkan? – MTV Asia Awards 2008 Di Genting Highlands

4 Aug

Oleh FERIDE HIKMET ATAK feride.hikmet@kosmo.com.my


LEONA LEWIS menyuntik aura kesegaran pada MTV Asia Awards 2008.

TAHUN ini, buat pertama kalinya majlis anugerah hiburan yang dikatakan bertaraf antarabangsa, MTV Asia Awards berlangsung di Malaysia.

Menariknya, antara artis yang hadir baik sebagai calon, mahupun membuat persembahan adalah nama-nama terkenal dunia hiburan global seperti The Pussycat Dolls, Leona Lewis dan Jared Leto.

Justeru, apa pandangan umum apabila dapat menyaksikan MTV Asia Awards 2008 berlangsung di negara ini?

Dari pandangan mata kasar, pasti ramai yang berbangga kerana dalam banyak-banyak negara Asia, Malaysia dipilih sebagai lokasi untuk majlis penuh glamor itu diadakan dan sekali gus ia boleh dijadikan platform untuk mengiktiraf anugerah muzik Malaysia di peta dunia.

MEMUKAU. The Pussycat Dolls mengotakan janji mereka untuk tidak mencetuskan kontroversi menerusi persembahan mereka.

Dengan penganjuran anugerah ini juga ia kononnya membawa satu kejayaan yang cukup besar buat Malaysia kerana mampu mencatat sejarah baru dengan buat pertama kalinya menganjurkan acara yang membawakan satu ‘jenama’ besar dalam dunia muzik.

Namun, ramai yang tidak sedar, dari segi apa yang tersirat, mungkinkah negara kita menjadi pilihan di saat-saat akhir?

Persoalannya di manakah gerangan artis-artis terkenal Malaysia pada MTV Asia Awards 2008 ini?

Pada kebiasaannya, jika sesebuah penganjuran majlis anugerah diadakan di sesebuah negara, pastinya artis-artis tempatan menjadi tumpuan utama baik dari segi persembahan di atas pentas mahupun penyampai anugerah.

YOVIE & NUNO menang berkat album terbaru mereka yang berjaya menarik perhatian khalayak.

Sebaliknya, apa yang berlaku pada MTV Asia Awards 2008, artis-artis Malaysia yang dijemput penganjur seperti Hujan, Faizal Tahir, Hannah Tan, Jaclyn Victor dan lain-lain ‘dicampakkan’ ke luar daripada lokasi majlis anugerah tersebut iaitu Arena Of Stars di Genting Highland untuk mengadakan persembahan hanya di luar majlis anugerah tersebut.

Hanya Pop Shuvit ‘terselamat’, dan dengan membawakan lagu Mara Bahaya, persembahan mereka di atas pentas MTV Asia 2008 begitu hebat dan sekali gus mampu melontarkan persepsi bahawa artis-artis tempatan juga mampu membuat persembahan bertaraf antarabangsa.

Apa pun, pada keseluruhannya, acara ini tidaklah sehebat seperti yang dibayangkan sebelum ini. Cuma perjalanan anugerah ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

STEFANIE SUN (kanan) dan Show Lo masing-masing menjadi pilihan Singapura dan Taiwan.

Leona permata yang bersinar Walaupun begitu, Leona Lewis bagaikan menjadi permata dalam majlis anugerah kali ini. Hampir semua mata tertumpu pada gadis tinggi lampai ini pada acara karpet merah.

Lebih-lebih lagi saat dia membuat persembahan di pentas anugerah, dengan menyanyikan lagu hit, Bleeding Love dan Better In Time, kemunculan Leona telah membawa aura kesegaran pada pertengahan majlis itu.

Kemudian, sejurus dia diumumkan sebagai pemenang Anugerah Artis Harapan, dirinya semakin menjadi titik fokus.

Begitu juga dengan The Pussycat Dolls, penonton yang hadir menjadi histeria tatkala mereka muncul membuat persembahan pembukaan majlis anugerah ini dengan mengalunkan lagu Buttons dan Stop And Stare.

LEO KU artis pilihan Hong Kong.

Persembahan mereka bijak kerana tidak tampil terlalu seksi kerana menurut mereka, apa yang ingin dipersembahkan adalah lagu-lagu mereka dan bukan keseksian diri mereka.

Pussycat Dolls ternyata mengotakan janji mereka untuk menghormati adat dan budaya negara ini.

Nicholas tewaskan Siti Sementara selain itu, bintang realiti Astro Talent Quest 2002, Nicholas Teo berjaya menewaskan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan dua calon lain, Faizal Tahir dan Pop Shuvit bagi Anugerah Artis Pilihan Malaysia pada malam itu.

Penyanyi yang menempa nama di Taiwan ini mempunyai peminat yang begitu ramai di sana.

“Malaysia dan Taiwan adalah sama sahaja. Saya harap dengan kejayaan ini, kerjaya saya akan berkembang dengan lebih mudah lagi.

KEMUNCULAN sekali lagi The Click Five di Genting Highlands.

“Akhirnya, saya dapat juga anugerah idaman ini. Tentang saya dapat mengalahkan Datuk Siti Nurhaliza, minta maaf Datuk!. Saya merupakan peminat setia anda!,” tuturnya selepas menerima anugerah Artis Pilihan Malaysia.

Pemenang anugerah Artis Pilihan Indonesia, Yovie & Nuno pula mengulas, “Kami gembira kerana album terbaru kami lebih bagus berbanding album pertama dan kedua, justeru sejak itu kami raih banyak peminat. Inilah faktor kejayaan kami ini.”

Dalam pada itu, Leo Ku yang meraih anugerah Artis Pilihan Taiwan menegaskan inilah pencapaian pertama kali dirinya meraih anugerah pada MTV Asia Awards kali ini.

AKSI girang Jared Leto (kiri) dan artis terkenal Hong Kong, Karen Mok di pentas.

“Kemenangan ini bakal menaikkan lagi karier saya. Berita gembira ialah pada akhir tahun ini, saya akan membuat konsert di Malaysia,” ujarnya.

Selain Leona Lewis, The Pussycat Dolls dan Pop Shuvit, pentas MTV Asia Awards 2008 turut dihangatkan dengan persembahan The Click Five, Panic At The Disco, Stefanie Sun yang berduet dengan band Electrico, One Republic dan ramai lagi.

Kosmo

Advertisements

4 Responses to “Artis Malaysia Dipinggirkan? – MTV Asia Awards 2008 Di Genting Highlands”

  1. cykepo August 5, 2008 at 10:08 am #

    Tak rugi kalau dipinggirkan pun. Apa banyak besar sangat ke MTV2 ni? ni lah gejala orang yahudi. kita nipun ikut2 je. yang paling sempurna jangan ada kena mengena dgn gejala2 ni lagi baik dan Alhamdulillah. jgn nak kecewa atau menagis kalau kalah, tak rugi mak oiii!!! Keluar dari dunia glamour yang banyak penipuan dan khayalan!!!!Cukup dgn apa2 yang diraih.Tengok sajalah gelagat2 artis yang memang tak tau dan jahil.Semoga Allah lindungi mereka. kita yang tau erti kebenaran jgn tumpang semangkuk dgn benda2 yang mendatangkan kerugian.

  2. ken_zaque August 5, 2008 at 11:54 am #

    BODO PUNYE MTVAA!

  3. kuntau August 5, 2008 at 7:02 pm #

    konon2 mtv asia tp angkut semua artis hollywood – sihan kat artis m’sia dahlah memang x dikenali dunia. Pihak penganjur saje nak benamkan industri muzik tempatan kot…

  4. kim January 18, 2010 at 10:41 am #

    ermmm…sokong cykepo..

    nme asia..tp..cbe teok…

    mne artis jpn..HK..msia..korea..taiwan..
    esh..
    mgarot..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: