Konsep Karaoke Keluarga

4 Jun

Oleh Saipul Adli Mohamad
saipuladli@hmetro.com.my

SATU kelainan ketara Diva Karaoke ialah ia menggunakan konsep keluarga dan pusat riadah di tingkat dua Giant Hypermarket Southern City, di Taman Suria, Johor Bahru.

Ia menggabungkan konsep kemelayuan dan tradisional pada paparan dalaman serta susun atur perhiasan. Bahan kayu, rotan dan atap nipah dipilih bagi menghidupkan suasana klasik dan damai.

Pengurus Jualan dan Pemasaran Diva Karaoke dan C T Cafe & Sport Arena, Fauzi Baharuddin, berkata pihaknya menawarkan konsep karaoke keluarga dan riadah kerana mereka boleh melakukan aktiviti lain seperti ping pong dan snuker.

“Pengunjung boleh bersantai di kafe sambil menikmati persembahan band setiap Sabtu.

“Karaoke di sini menggabungkan unsur kemelayuan dan tradisional membabitkan hiasan dalaman termasuk penggunaan atap rumbia dan kerusi rotan di kafe.

“Pekerja seratus peratus Bumiputera,” katanya.

Diva Karaoke menyediakan 50 bilik karaoke membabitkan lapan VIP, lapan standard dan 34 jenis deluxe, dengan semua bilik diberi nama artis atau penyanyi tanah air seperti Mawi, Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie Wings, Ning Baizura, M Nasir serta Noryn Aziz.

Beroperasi mulai jam 11 pagi hingga 3 pagi setiap hari, kira-kira 34,000 lagu terbaru dan evergreen termasuk Melayu, Inggeris, Cina serta Korea boleh dipilih.

Harga ditawarkan bermula jam 11 pagi hingga 9 malam, harga bilik standard adalah RM15 (sejam), RM30 (dua jam) dan RM40 (tiga jam) manakala deluxe RM25 (sejam), RM50 (dua jam) dan RM60 (tiga jam) dan bilik VIP RM35 (sejam), RM70 (dua jam) serta RM80 bagi tiga jam.

Beliau berkata, dari jam 9 malam hingga 3 pagi, harga bilik standard adalah RM25 (sejam), RM50 (dua jam) dan RM60 (tiga jam) manakala deluxe RM35 (sejam), RM60 (dua jam) dan RM80 (tiga jam) dan bilik VIP berharga RM45 (sejam), RM80 (dua jam) serta RM100 bagi tiga jam.

Menurutnya, pihaknya turut menyediakan perkhidmatan Internet percuma menerusi Wifi serta berupaya menguruskan majlis seperti pertandingan karaoke, sambutan hari tertentu seperti Hari Ibu atau Bapa, hari jadi serta makan malam secara bufet.

“Selepas hampir setahun, sambutan diterima amat menggalakkan termasuk warga Singapura.

“Ketrampilan kami tidak sama dengan karaoke keluarga lain dan pakej ditawarkan memang berpatutan sesuai untuk golongan sasaran iaitu Bumiputera dan terletak tidak jauh dari pusat bandar raya,” katanya.

Seorang pengunjung, Abdul Rahim Bidin, 47, dari Larkin , berkata harga yang ditawarkan berpatutan.

“Saya juga memberi idea pekerja mengenakan baju kebaya pada malam tertentu untuk lengkapkan konsepnya,” katanya.

Seorang kerani, Badariah Munaji, 40-an, adalah pengunjung tetap Diva setiap malam minggu.

“Saya peminat muzik termasuk live band dan sukakan nyanyian, walaupun bukan pandai sangat menyanyi.

“Pada malam minggu, saya kerap datang dengan suami, keluarga atau rakan,” katanya.

Harian Metro

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: