Destinasi Cinta iringi 5 kategori pop rock ke AJL22

26 Nov

Oleh Rozdan Mazalan

ImageShack
NYANYIAN BERTENAGA: Siti mendendangkan Destinasi Cinta pada pertandingan separuh akhir AJL22 di Seri Pentas 2 Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam tadi.

SHAH ALAM: Selepas lagu kategori balada berjudul Bisakah nyanyian Datin Seri Siti Nurhaliza gagal tersenarai untuk Anugerah Juara Lagu 22 (AJL22), minggu lalu, akhirnya peminat penyanyi nombor satu negara itu lega apabila Destinasi Cinta layak bagi kategori pop rock.

Lagu ciptaan Lin Li Zen dan lirik Rozie Abdul Razak itu mengiringi lima lagi lagu lain untuk bertanding pada peringkat akhir pada Januari depan.

Keputusan pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik kategori pop rock yang berlangsung malam tadi diumumkan pengacaranya Cheryl Samad dan Faizal Ismail yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini.

Pihak penganjur turut membuat kejutan apabila mengumumkan tambahan satu lagi tempat ke akhir AJL22 daripada lima lagu yang sepatutnya layak berikutan kekuatan dan populariti lagu yang dipertandingkan dalam kategori itu.

Lima lagu lain yang layak ialah Janjiku nyanyian Sofaz, ciptaan Taja dan lirik Tass serta Itu Kamu ciptaan juga dendangan Estranged sementara lirik oleh Rachael Lawrence.

Lagu Aidit Alfian dan lirik Loloq, Sembunyi dinyanyikan secara duet oleh Misha Omar dan Andy Flop Poppy serta Mawi yang mempertaruhkan lagu Angan dan Sedar ciptaan M Nasir dan lirik Loloq selain Farhana Putri Bumi Kenyalang yang dicipta oleh Denai dan lirik Andy Rahman, nyanyian Jinbara.

Empat lagi lagu yang gagal ke peringkat akhir ialah 3 Malam Tanpa Bintang nyanyian Fiq, ciptaan Master G dan lirik Azmeer serta Satu Harapan dendangan Jaclyn Victor, ciptaan Audi Mok dan lirik Mabel Liew.

Aku Penciptamu ciptaan sepenuhnya Ajai dan dendangan Felix serta Vince yang mendendangkan lagu ciptaan sendiri, Percayalah Sayang dan lirik M Zulkifli.

Dengan enam lagu berkenaan, ini bermakna 14 lagu terbaik akan bertanding pada peringkat akhir AJL22. Lima lagu bagi kategori balada iaitu Mahakarya Cinta (Faizal Tahir), Kasih Tercipta (Faizal Tahir), Ceritera Cinta (Jaclyn Victor dan Lah Ahmad), Harapan (Fazli Zainal) dan Izinku Pergi (Sahri).

Empat lagu kategori etnik kreatif ialah Samudera (Nora), Kasihnya Balkis (Aishah) dan Dirgahayu (Ramlah Ram).

Barisan juri yang menilai keputusan sepanjang peringkat separuh akhir terdiri daripada penulis lirik, Amran Omar; komposer, Iman Wan; Pensyarah Fakulti Muzik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khairil Johary Johar.

Selain komposer, Edry dan Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh serta Pengurus Besar Jabatan Hiburan, Sukan dan Rekreasi TV3, Azhar Borhan selaku ketua juri.

18 Responses to “Destinasi Cinta iringi 5 kategori pop rock ke AJL22”

  1. toyol December 17, 2007 at 7:22 pm #

    masa pengumuman keputusan kategori pop rock ke AJL07 nama sape yang mereka umumkan pertama sekali?

  2. toyol December 19, 2007 at 7:39 pm #

    tuan khemah blh jawabkan ke? nak tau sape nama pemenang pertama yg di umumkan.
    blh bg senarainya dr no. 1 hingga no. 6

  3. admin December 19, 2007 at 9:20 pm #

    Ya yol.. ni susunan pemenang-pemenang kategori pop rock.

    Pertama: Destinasi Cinta – Siti Nurhaliza
    Kedua: Itu Kamu – Estranged
    Ketiga: Janjiku – Sofaz
    Keempat: Angan dan Sedar – Mawi
    Kelima: Sembunyi – Misha Omar & Andy Flop Poppy
    Keenam: Farhana Putri Bumi Kenyalang – Jinbara

  4. toyol December 20, 2007 at 12:29 am #

    ohhhh…kalau mcm tuh gua dah tau sape pemenang pop rock. kalau ikut dr pengumuman pertama maknanya tok ti le manang pop rock. estranged and sofaz gua tak pernah dgr lagu dia. mawi and misha gua ada tgk kat youtube. mawi siap dance beb. tapi pd nyanyian dia out. tapi nampak syok plak perform walaupun suara kureng. misha & andy not bad cuma sebutan misha kena bukak mulut besar2 kasi jelas. ni sebut mcm terkepit je. kureng lah…. jinbara gua pun tak pernah dgr… gd luck lah utk semua yg berjaya ke AJL07

  5. Elmo December 26, 2007 at 10:00 am #

    Bila Anugerah JL 22?? tak tau time slot.. buleh inform ckit tak? Imaceh in advance

  6. toyol December 27, 2007 at 10:53 pm #

    entahlah elmo. gua pun bukannya dapat tgk AJL07.

    huh tuanh khemah, bila tarikhnya dan pukul berapa mulanya? si elmo bertanya tuh.

    tggu dapat tgk kat youtube jelah.

  7. Elmo December 28, 2007 at 10:37 am #

    hehehe imaceh toyol kerena tolong tanyakan tuan khemah…susah la nak tgk kat youtube toyol. Pc ku bukan di bilik ku. pc kat keje terus kena block… jadi harap2 tgk tv je ler.. tapi gue prefer Jinbara menang dlm kategory pop rock ah.. tak minat tul lagu tok ti yg mengigatkan kembali dia dgn tok k yg beriya2 benar dia nak nak sorok..

  8. toyol December 28, 2007 at 5:18 pm #

    alamak elmo…tuan khemah tdorlah.. tak pun dia blm balik honeymoon. itu pasal tak reply

  9. admin December 28, 2007 at 7:27 pm #

    hahaha.. sori ler holiday mood… tak tahu ler dah lama tak tengok TV3. Mungkin pada 5 Januari 2008.

    Tengok semi final di sini http://www.tv3.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=432&ShowID=447&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=9104&VideoID=4756

  10. kumak December 29, 2007 at 4:26 pm #

    anugerah juara lagu pada 27 januari, ahad 8.30 malam..
    leh tgk kat laman web tv3 gak…

  11. toyol December 31, 2007 at 10:04 pm #

    huh..tu mesti si kumax beli chips byk2 coz nak tonton cgilamour le. hehehehe….

  12. betuahbadan January 1, 2008 at 4:24 pm #

    helo yol,kumak.ado ado ajo.keh keh keh.ini aku tuah la.ingat lagi tak!tak abih lagi ke ceta ct ni.rindu plak aku dgn ceta ct ni.

  13. toyol January 1, 2008 at 6:53 pm #

    huh bro what dup.. lama tak muncul alih2 muncul. hehehehe…..

    wah..lu rindu ceta cgilamour ke? lain mcm je bro. nak wat cam ne dah dia tak habis2 buat ceta, org pun gatal le bercerita pasal dia. lu apa khabar? sirap lama tak nampak… yg ada genius, cykepo and sitot je. tu pun tenggelam timbul.

  14. toyol January 1, 2008 at 7:17 pm #

    hahahaha…nama katak gua lupa nak sebut.

  15. betuahbadan January 1, 2008 at 10:39 pm #

    aku yol Alhamdulillah ok dan sihat sejahtera.aku pegi bertapa la yol.muka ct jugak aku nampak itu pasal la aku cari dia kat sini.keh keh keh.mana geng geng kita yang lain.tak kan bertapa kut.sudah sudah la tu dah lama dah ni…

  16. Elmo January 7, 2008 at 10:30 am #

    Imaceh ek tuan khemah n kumak… meh kita tgk dia terkinja2 ke tak kat AJL.. kuang kuang kuang

  17. Genius.YYY January 7, 2008 at 2:14 pm #

    sure ribut ni nanti hajjah ct ni akan menari sambil pakai purdah nampak mata jer.. tak saba aku nak nengok.. koh koh

  18. ameeramia February 29, 2008 at 8:51 pm #

    baguslah tu siti …….. 😛 panggil saya puteri ok……………

Leave a reply to toyol Cancel reply