Glamor: Anugerah Era 2007 detik kejatuhan Mawi?

8 Sep

Oleh Zul Husni Abdul Hamid (zulhusni@bharian.com.my)

Penganjur tiada jawapan, kesetiaan peminat sukar diramal

APA saja bisa berlaku jika kuasa menentukan pemenang diserahkan sepenuhnya kepada peminat. Justeru apabila Bintang Paling Popular, Asmawi Ani hanya meraih empat pencalonan, berbanding tujuh kemenangan tahun lalu, sewajarnya ia bukan lagi kejutan kerana keanehan itu sudah semakin sinonim dengan Anugerah Era.

Pernah dulu peminat berteriak apabila Nassier Wahab mengungguli kategori Vokal Lelaki Pilihan, menewaskan beberapa nama popular lain hingga ada yang emosional melihat acara itu seperti meminggirkan prestij kedudukan Era sebagai stesen radio nombor satu negara.

Isunya kecil saja, namun sejauh mana kemerosotan jumlah pencalonan termasuk kegagalan Mawi membolosi kategori Vokal Lelaki Pilihan sebagai petanda magis artis lelaki paling popular sudah semakin lenyap.

Apakah Anugerah Era 2007 (AE07) yang akan melap tidak diundang. penyanyi itu tenang menerima ketentuan Ilahi.

Rezeki di tangan Tuhan, justeru biarpun ada tangan yang cuba menariknya jatuh ke jurang paling bawah namun jika tidak dengan keizinan Pencipta, keadaan itu tidak mungkin akan berlaku.

Sememangnya jawapan mengenai kedudukan Mawi tiada pada penganjur, namun kesetiaan peminat juga sukar untuk diramalkan. Datuk Siti Nurhaliza meskipun digugat pelbagai insiden pahit, namun keunggulannya membolosi kategori Vokal Wanita Pilihan meletakkan dirinya sebagai satu-satunya penyanyi wanita senior bakal bersaing dengan nama baru dalam kategori itu.

Bagaimanapun, Mawi masih lagi bertahan dalam senarai pilihan penggemar apabila dicalonkan bagi kategori Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan, Lagu Nasyid Pilihan, Lagu Pop Pilihan dan Video Muzik Pilihan.

Menyorot senarai pencalonan, beberapa bintang yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti mendahului pencalonan dalam sebahagian besar kategori.

Meskipun tersingkir awal pada pertandingan Akademi Fantasia 4, populariti yang dicipta Diddy lewat dua single, Hilang dan Saling Terpesona, duetnya bersama bintang Mentor, Yanie menghadiahkan artis lelaki muda itu empat pencalonan.

Diddy menerima pencalonan untuk kategori Artis Harapan Pilihan, Vokal Lelaki Pilihan, Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan dan Lagu Pop Pilihan. Kebarangkalian untuk Diddy mengungguli kategori itu?

Sukar untuk diramalkan kerana persaingan yang bakal dihadapinya bukan daripada calang-calang artis. Untuk kategori Artis Harapan Pilihan, Diddy disaingi dua juniornya daripada AF5 iaitu Mila dan Ebi, selain berdepan dengan Faizal (OIAM) dan Fiq. Kemungkinan Mila bakal membawa pulang trofi ini berdasarkan prestasi yang ditunjukkan artis kecil molek kelahiran Pulau Pinang itu.

Mila antara bakat baru yang sedang membina reputasi yang meyakinkan terutama apabila single sulungnya, Persis Mutiara semakin kukuh menguasai kedudukan pada carta lagu radio tempatan.

Mungkin ada sedikit keanehan pada pencalonan untuk kategori Vokal Lelaki Pilihan kerana tiga daripada nama yang dicalonkan tidak begitu menyerlah di arus perdana. Akhil Hayy, Yazer dan Faizal bakal berdepan dengan M Nasir yang melihat kebarangkalian kemenangan akan berpihak kepada sifu industri muzik itu.

Kategori utama lain yang turut mengundang perhatian pastinya Vokal Wanita Pilihan. Apakah ia akan menjadi milik Siti lagi atau trofi itu beralih kepada penyanyi wanita lain pula?

Menerima saingan daripada pesaing tradisinya, Jaclyn Victor, kategori itu juga menyaksikan nama baru yang sedang bertapak cuba meraih undian peminat iaitu Mila, Farhan dan Velvet.

Dua band popular Indonesia, Dewa 19 dan Samsons turut membolosi kategori Band Pilihan untuk bersama kumpulan muzik tempatan iaitu Spider, Sofaz dan Estranged dalam persaingan itu. Kelebihan mungkin berpihak kepada Samsons yang kembali meledak dengan lagu Kisah Tak Sempurna.

AE07 yang berkonsepkan Trend & Tradisi itu turut menjanjikan persembahan menarik, malah disesuaikan dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50 yang diraikan pada 31 Ogos lalu.

Persembahan yang dipimpin pengarah muzik terkenal, Ramli MS diserikan oleh penyanyi popular tanah air antaranya Dayang Nurfaizah, Hattan, Anuar Zain, Misha Omar dan Andy Flop Poppy, Ella, Man Kidal, Vince, Kristal dan Kazar, Jinbara dan bintang

Akademi Fantasia dari pelbagai musim seperti Bob, Farah, Diddy, Idayu, Mila dan Aizat.

Kumpulan dari Indonesia, Kerispatih turut diundang menjayakan persembahan.

Untuk menyampaikan anugerah, Era mengundang beberapa nama besar dalam industri antaranya Datuk Rahim Razali, Siti Nurhaliza, Fatimah Abu Bakar, Afdlin Shauki, Sarimah Ibrahim, Yassin, Dafi serta penyampai Era sendiri.

Profil: Menarik Anugerah Era 2007

BERTEMAKAN Trend & Tradisi bersesuaian dengan suasana negara masih meraikan ulang tahun ke-50 sambutan kemerdekaan. Mesej Era ialah walaupun trend (aliran) pantas berlalu namun tradisi yang menjadikan Malaysia sebagai negara unik jangan diabaikan.

SEBAGAI kelainan, semua penyampai Era, penyampai anugerah serta artis yang membuat persembahan diwajibkan memakai Unity Band. Ia adalah inisiatif Era untuk menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira tahap sosial, agama, bahasa dan bangsa.

PERSEMBAHAN artis diiringi pemuzik yang dipimpin pengarah muzik terkenal, Ramli MS. AE 2007 juga menjanjikan kejutan pada persembahan penutup. Seperti kata Pengurus Besar Kumpulan (Rangkaian ) AMP, Kudsia Kahar, konsep persembahan penutup itu tidak pernah dilakukan sebelum ini. Nantikan saja kejutannya malam ini.

AE 2007 disemarakkan dengan persembahan daripada artis popular seperti Adam, Akbar, Misha Omar, Andy Flop Poppy, Anuar Zain, Hattan, Ella, Diddy, Dayang Nurfaizah, Bob, Farah, Idayu serta dua bintang AF5, Mila dan Aizat. Turut diundang ialah kumpulan popular Indonesia, Kerispatih.

SEMENTARA itu, barisan penyampai trofi pula terdiri daripada Datuk Rahim Razali, Datuk Siti Nurhaliza, Fatimah Abu Bakar, Dynaz, Ajai, Afdlin Shauki, Dafi AF5, Yasin dan Sarimah Ibrahim.

MALAM Kemuncak AE 2007 dimulakan dengan acara Karpet Era 2007 jam 8 malam dikendalikan bersama AC Mizal, Yasmin Hani, Nana dan Jimmy Shanley. Program ini menyiarkan gaya fesyen pilihan artis untuk ke acara kemuncak yang akan bermula jam 9 malam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: