‘Siti tak mahu komen’.

19 Jan

SITI lebih senang berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

“Lagipun sekarang Siti sibuk dengan kerja studio untuk penghasilan album terbaru. Jadi, Siti nak beri sepenuh tumpuan dan tidak mahu perkara seperti itu mengganggu fikiran.

“Selain itu, Siti turut menerima beberapa e-mel dan surat daripada peminat yang menasihatkan Siti supaya tidak memberi sebarang komen mengenai hal berkenaan,” kata Siti ketika diminta mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Nora menerusi ruangan Luahan Hati akhbar Berita Minggu (Bi-Pop) keluaran 13 Januari 2002.

Siti mungkin mempunyai alasan tersendiri mengapa dia memilih sikap berdiam diri, selain kesibukannya di studio.

Sebelum ini juga Siti pernah dikaitkan dengan kontroversi bersama artis yang sebumbung dengannya, Noraniza Idris.

Namun, selepas Siti tidak memperbesarkan perkara berkenaan, kemelut yang khabarnya ‘dicipta’ pihak media itu, lenyap begitu saja.

Kini, apabila media sekali lagi cuba mengaitkan namanya dengan Nora, Siti terus mengekalkan sikap yang sama, berdiam diri.

Berikut adalah sebahagian petikan kenyataan Nora berhubung kontroversinya dengan Siti seperti yang disiarkan oleh Bi-Pop.

“Masa kontroversi artikel saya mengenai Siti itu mula-mula keluar dalam sebuah majalah, saya harap dia (Siti) faham dengan situasi ini. Tapi, apabila keluar pula artikel mengenai artis yang mengata-ngata dan cemburu, saya beristighfar.

“Siti mungkin tak salah dalam hal ini kerana dia tidak tahu apa-apa. Saya juga tak salahkan dia. Sebab cara wartawan datang dan bertanya kepadanya mungkin sama seperti mana yang saya alami.

“Mungkin wartawan itu provoke dan memberitahu ada artis tu cakap Siti macam ni… macam tu. Kalau saya jadi Siti pun saya pasti akan melenting!

“Tapi, saya tak ambil hati langsung sebab saya mungkin faham artikel yang seperti itu. Jadi apabila saya baca artikel Siti itu, saya rasa saya harus berjumpa dan bercakap dengannya.”

Suami Nora, Johan Nawawi dalam kenyataan yang sama turut berkata, “Kita tak mahu gaduh-gaduh sebab apa yang ditulis dalam artikel itu bukanlah keluar daripada mulut Nora seratus peratus.”

Kata Nora lagi, “Saya pula tak berkesempatan nak jumpa Siti sepanjang raptai (Juara Lagu 2001) itu. Lagipun, kalau saya nak jumpa dia, mesti ada caranya. Tak boleh main redah saja sebab saya bimbang Siti mungkin tak faham sangat apa yang cuba saya terangkan nanti kerana perbezaan umur.

“Jadi saya lihat benda ini macam berpanjangan dan dia (Siti) juga macam tak selesa apabila terlihat saya.”

Sementara itu, Pengarah Urusan Siti Nurhaliza Productions (SNP), Saiful Bahri Tarudin (Ayie) yang juga abang Siti, ketika diminta mengulas kenyataan Nora, berkata, dia berharap pihak yang terbabit menyelesaikan perkara itu secara profesional.

“Sebenarnya pihak kami tak tahu menahu mengenai perkara ini. Isu yang sedang diperkatakan ini bukannya datang dari pada pihak SNP. Kami tak tahu apa-apa. Kami mendapat tahu perkara ini pun menerusi media.

“Justeru, saya berharap pihak berkenaan menyelesaikan isu berkaitan dengan pihak media juga. Diharap perkara seperti ini tak perlulah dihebahkan kepada orang ramai,” kata Ayie lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: